realme X2 Pro yang hangat diperkatakan dunia

realme X2 Pro merupakan peranti kuasa dari realme bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kali ini realme X2 Pro dijana dengan teknologi cip pemprosesan terkuat 2019 iaitu Snapdragon 855 Plus. Pengumuman mengenai kehadiran peranti kuasa ini akan diadakan pada 2 Disember 2019 jam 2.00 petang.

Petikan dari gsmarena.com

Menurut gsmarena.com, X2 Pro memang peranti kuasa dari realme yang mempunyai banyak kelebihan dari peranti dari range yang sama walaupun tidak mempunyai kad microSD.Peranti kuasa ini tidak memerlukan kad microSD kerana ruang storannya sudah cukup besar iaitu 64GB/128GB atau 256GB.

 

Petikan dari theverge.com

Menurut thevergecom pula, walaupun realme X2 Pro masih menggunakan Android 9 namun specnya yang lain masih bagus seperti Quad Camera 64MP, 90Hz Ultra Smooth Display, SuperVOOC,20x Hybrid Zoom serta Dolby Atmos Dual Speaker. Namun peranti kuasa realme X2 Pro akan diupgrade ke Android 10 pada awal tahun 2020 nanti. Jadi para pengguna realme X2 Pro tidak perlu bimbang akan OS sekarang kerana pihak realme akan upgrade ke Android 10 demi pengguna di luar sana.

Selain daripada teknologi terkini cip pemprosesannya yang berkuasa, realme X2 Pro juga bakal tampil dengan Quad Camera 64MP, 90Hz Ultra Smooth Display, SuperVOOC,20x Hybrid Zoom serta Dolby Atmos Dual Speaker. Jadi tidak hairan lah, realme X2 Pro merupakan peranti yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat gadjet di Malaysia. Kita tunggu pengumuman dari realme Malaysia bilakah peranti flaship ini bakal hadir ke Malaysia.

Check Also

Infinix HOT 50 5G: Telefon Pintar 5G Terkuat dalam Kelasnya Akan Dilancarkan pada 7 Oktober

Infinix, jenama teknologi yang trendy dan direka khas untuk pengguna muda, dengan gembira mengumumkan pelancaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *