Kumpulan Gersang Kembali Demi Peminat

Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Masih Aku Terasa, Gersang bakal beraksi di S.O.L Kuala Lumpur pada 1 Febuari ini.  Band yang telah di tubuhkan pada tahun 1981 itu mula meniti bibir penggemar muzik rock tempatan setelah tampil dengan album pertama yang berjudul Gersang.

Nama Gersang terus dikenali ialah melalui ballad mereka malah ada di antara line-upnya terus ‘di angkat’ oleh kumpulan-kumpulan rock terkenal negara iaitu kid bersama Search dan Jojet bersama Wings.

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki JuaraLagu ’89 dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMC yang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 kerana Man Bai mengalami sakit Tonsil yang serius.

Gersang masih lagi mengekalkan anggota asal iaitu Man Bai –Vokalis, Man Greng – Bass Gitar, Jojet – Dram, Acis– Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar.  Setelah kejayaan album pertama, mereka tampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir”. Seterusnya mereka hadir dengan album ketiga “B29” dan terus vakum sehinggalah mereka membuat kemunculan semula pada 1 Julai 2012.

Kali terakhir mereka di gandingkan bersama sewaktu program Hiburan Minggu Ini kelolaan RTM pada 29 Oktober lalu.  Lantaran sokongan peminat yang tiada bernoktah, maka mereka bakal tampil di  S.O.L PJ PALMS SPORTS CENTER, No 1, Lorong Sultan, Pjs 52, Petaling Jaya, Selangor. Persembahan bakal bermula pada jam 9.30 malam.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan Gersang boleh lah mendapatkan tiket yang berharga RM80.00 atau boleh menghubungi 0122382993.

 

Check Also

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

KONSERT KRISTAL OG 25 TAHUN HIMPUNKAN SEMUA AHLI ATAS SATU PENTAS

Selepas dua dekad lebih mewarnai industri muzik tanah air, Konsert Kristal OG 25 Tahun tampil …

Ari Lesmana Mangu KL di Zepp Kuala Lumpur suasana intim

MANGU ARI LESMANA KL BAWA EMOSI INTIM DI ZEPP

Satu malam yang bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman emosi bakal tercipta apabila Ari Lesmana membawa …

Leave a Reply