XPDC pula bakal beraksi di HARD ROCK CAFE Kuala Lumpur pada 9 FEBRUARI 2020

Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.  Bakal menghangatkan pentas Sunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 9 Februari 2020 jam 10.30pm

Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telah  ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotai oleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekan muzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso. Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran “King of Stage”.

Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini, XPDC akan membuat persembahan istimewa dalam 2 segmen untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Hamba Abdi, Ntahapapantah, Penyakit Gatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + Hentian Ini + Aku & Sesuatu – Medley Slow Ballads, Hidup Bersama, Kabus Semalam, Senapang Patah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang Hilang. Dengan harga tiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. Untuk sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.

 

Check Also

XPDC KPY bakal mengadakan Konsert XPDC Gegar Borneo 2026 di Padang Pekan Daerah Kunak.

XPDC KPY BAKAL GEGARKAN PADANG PEKAN KUNAK

Selepas dua tahun tidak mengadakan persembahan di Sabah, kumpulan rock legenda XPDC KPY bakal kembali …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *