Samsons Tampil Dengan Album Terbaru Berjudul “V”

Kumpulan Samsons baru saja melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul “V”.  Bertepatan dengan judulnya, ini adalah album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia. Album ini dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.

Bukan calang-calang album “V” ini kerana terdapat penglibatan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.  Dalam album “V” ini, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu. Tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Untuk album “V” ini Samsons mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest, terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Dalam album “V”, terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka. Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single; “Ternyata cinta”, “Tuhan tidak pernah salah”, “I Love U”, “Cinta Mati” dan juga “Jika Nanti” single terbaru mereka akan dilancarkan serentak dengan album ini.

Lagu “Jika Nanti” menjadi trek fokus untuk album V  memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu “Jika Nanti”, mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan anda menikmati single “Jika Nanti” lebih mendalam sambil memanjakan mata anda dengan visual yang menarik.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album “V”. Dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu. Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.

Pada tahun 2021, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini,

Sempena meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, Samsons akan memberi kejutan kepada pendengarnya,

Nantikan!

TREK LAGU:

  1. Lalu
  2. Sampai Padamu
  3. Ternyata Cinta
  4. Tuhan Tak Pernah Salah
  5. Andai Aku Tahu
  6. Jika Nanti
  7. I Love U
  8. Denting Asmara
  9. Cinta Mati
  10. Tak Semestinya
  11. Move On
  12. Sahabat

SAMSONS

Aria Dinata – vokal

Irfan Aulia Irsal – gitar

Erik Partogi Siagian – gitar

Aldri Dataviadi – bass

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/samsonstheband

Twitter: @samsonstheband

Instagram: samsonstheband

YouTube: SamSonS Band

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *