Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. Program realiti nyanyian ini bakal bersiaran mulai 14 Februari 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam selama 8 episod. Anda juga boleh menonton program ini di www.tonton.com.my
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Famili Duo merupakan program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Kami berharap agar program ini dapat mengeratkan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang. Dalam keadaan masih memerangi pandemik Covid-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.”
Famili Duo dibawakan oleh peneraju platform makanan atas talian di Asia Pasifik foodpanda, keriangan dengan setiap pesanan. Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda, “Pada masa ini, kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Program seperti Famili Duo, adalah penambahan yang tepat pada masa ini, memandangkan keadaan semasa di seluruh negara. Perkongsian di antara foodpanda dan Famili Duo ini sangat sesuai kerana ia mempunyai hala tujuan yang selari dengan foodpanda, iaitu untuk menyebarkan keriangan dengan setiap pesanan. Duduklah di rumah dan nikmati program ini sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui foodpanda, atau cuba pandamart dan dapatkan barangan runcit dalam masa kurang dari 30 minit.”
Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’ dan 1 nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.
Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Senarai peserta Famili Duo:
Episod | Hubungan | Selebriti |
1 | adik-beradik |
|
2 | ibu/bapa dan anak |
|
3 | suami isteri |
|
4 | ibu/bapa dengan anak |
|
5 | sepupu |
|
6 | bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara |
|
7 | adik-beradik |
|
8 | suami isteri |
|