Kasyara Kembalikan Memori ‘Gerimis Mengundang’

Kumpulan baharu dari  Indonesia iaitu Kasyara telah menyanyikan semula lagu ‘Gerimis Mengundang’ hasil dendangan asal kumpulan Slam dengan versi mereka sendiri.

Mendapat sentuhan komposer Malaysia iaitu Saari Amri, ‘Gerimis Mengundang’ merupakan satu karya yang amat terkenal di Indonesia pada tahun 90an.

Menurut Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, lagu ‘Gerimis Mengundang’ diberi sentuhan terbaharu mengikut versi mereka bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.

Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.

Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

Setakat ini rata-rata peminat memberi pujian dengan susuan baharu Gerimis Mengundang. Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara.

Dalam pada itu, Faizal menyatakan Kasyara sudah mendapat kebenaran daripada penulis serta Universal Music Publishing Malaysia selaku pengedar untuk mengolah karya istimewa ini.

Di ruangan komen Youtube Fabis Incorporation, rata-rata wargamaya memberi sambutan yang positif dengan memberi pujian.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 63,000 tontonan dan hampir 160 komen.

Check Also

ATARASHII GAKKO!, FRUITS ZIPPER DAN CUTIE STREET UNGGUL DI MUSIC AWARDS JAPAN 2025

TOKYO, 3 JUN 2025 – Tiga nama besar di bawah agensi kreatif Jepun ASOBISYSTEM — …

RICHARD MARX BERAKSI DI ARENA OF STARS SEMPENA JUBLI INTAN RESORTS WORLD GENTING

GENTING HIGHLANDS, 3 JUN 2025 – Resorts World Genting (RWG) berbesar hati mengumumkan satu persembahan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *