Indonesia Band UNGU Tambah Satu Malam Lagi Untuk Konsert Di Kuala Lumpur

Atas sambutan luar biasa dari peminat-peminat Ungu, pihak penganjur Star Planet umumkan bakal tambah satu malam lagi konsert ulangtahun mereka di Malaysia pada 18hb November 2022.

“Tidak sampai sejam setelah penjualan tiket dilancarkan pada 30hb ogos, lebih 85% tiket habis dijual. Kami amat berbesar hati dan mengharapkan dengan penambahan persembahan kedua Ungu ini dapat menggembirakan semua peminat-peminat Ungu. Pembelian tiket boleh dibuat secara ‘online’ bermula 7hb September, jam 12 tengahari.” kata penganjur.


Ditubuhkan pada tahun 1996, Kumpulan rock popular Indonesia tahun 90an – Ungu terdiri daripada vokalis Pasha, pemain gitar Enda dan Oncy, pemain bass Makki, dan pemain drum Rowman. Lagu hit Ungu termasuk “Demi Waktu”, “Tercipta Untukku”, “Andai Ku Tahu”, “Kekasih Gelapku” dan banyak lagi.

Pada tahun 2005, album Ungu ‘Melayang’ telah mencapai kejayaan besar dan diterima dengan baik yang meletakkan mereka sebagai superstar antarabangsa dan mencapai populariti yang luar biasa di Indonesia dan benua Asia. Mereka dicalonkan bagi ‘Kumpulan Muzik Terbaik’ dalam Anugerah Muzik Asia MTV pada tahun 2006 dengan rakaman lagu single asal ‘Demi Waktu’ dari album ‘Melayang’. Album studio ke-7 mereka berjudul ‘Mozaik’ yang dikeluarkan pada than 2015 telah terjual lebih daripada 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Album Platinum.

Konsert yang dianjurkan oleh Star Planet, “Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia” akan diadakan pada 18hb dan 19hb November 2022, 8.30 malam bertempat di STAR Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.

Peminat boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dan ticket dijual pada harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598 (tertakluk kepada bayaran pemprosesan tiket RM4). Semua pembeli tiket VVIP akan menerima poster bertandatangan kumpulan Ungu dan berpeluang bergambar berkumpulan bersama Ungu! Untuk maklumat lanjut, layari www.starplanet.com.my atau hubungi +603 9223 3667.

Check Also

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Gegaran Warisan menampilkan Punisher, FOR, Sniperz dan Amir SYJ di Warisan Hall Studio.

GEGARAN WARISAN SATUKAN PUNISHER, FOR, SNIPERZ DAN AMIR SYJ DALAM SATU PENTAS

Peminat muzik rock dan metal tanah air bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang menjanjikan pengalaman …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *