National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) memerlukan anggaran dalam RM1.5 juta setahun bagi menyalurkan ubatubatan dan peralatan dialisis dengan sokongan yang tidak ditampung oleh hospital kerajaan kepada pesakit kegagalan buah pinggang dan mereka yang mengidap pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang yang memerlukan kemudahan yang disediakan pihak NKF sebelum ini.
Justeru, NKF bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Drug Free Malaysia (DFM) menganjurkan Larian Amal 2023 ‘Melaka 10KM NKF’ dengan membawa slogan 1 Step 1 Love bagi mengumpul dana sebanyak mungkin melalui penganjuran yang bakal berlangsung dijadualkan pada 21 Mei 2023, di Dataran Multimedia Universiti Melaka (MMU), Melaka.
Larian Amal Melaka 10KM NKF menyasarkan antara empat ke lima ribu penyertaan dapat dikumpul bagi program ini membabitkan 2 kategori larian utama iaitu 10 kilometer (km) dan 2 kilometer (km) bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tatkala mereka membuka tawaran yuran pendaftaran awal serendah RM60 bagi 2000 penyertaan dan RM75 selepas tarikh tutup pendaftaran awal. Bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) penyertaan secara percuma.
‘Apabila dana ini tercapai melalui kempen larian amal ini selesai, kita akan masukkan dalam tabung NKF. Jadi Melaka 10KM NKF mempunyai harapan besar iaitu mahu membiayai pesakit buah pinggang secara berterusan, disebabkan itulah kami ingin mengumpul dana bagi mengisi tabung ini,” antara ucapan dari Dave Koval yang merupakan Pengarah Program merangkap Pengarah Urusan Berry One Solution di sidang media larian amal yang berlangsung di pejabat NKF, Seksyen 14 Petaling Jaya, semalam. Turut sama hadir pada majlis tersebut adalah Miss Khor Xin Yun (CEO National Kidney Foundation of Malaysia), Datin S.Shobana (Head of Branding, Communication & Fund Raising National Kidney Foundation of Malaysia), Leftenan Kolonel (Kehormat) Rozaidi Jamil @ Zed Zaidi K.M.N (Presiden Persatuan Seniman Malaysia) dan presiden Drug Free Malaysia iaitu Dr. Khairuddin Bin Abdul Aziz.
Dalam sidang media itu juga, Presiden Seniman Zed Zaidi berkata, “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada masyakarat di luar sana tanpa mengira lapisan masyarakat untuk turut sama menyertai acara Larian Amal Melaka 10KM NKF ini. Sambil beriadah, mereka juga turut menderma untuk tabung ini sebagai tanda berperikemanusiaan dan rasa bertanggungjawab sesama manusia. Pada majlis tersebut juga, Seniman mengumumkan beberapa Ikon Selebriti dan pelakon yang bakal terlibat di dalam acara larian tersebut antaranya Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, P.Radhi @ P.Ramlee Remaja, Dato’ Subash Sundaramoorthy@BeardKing, Tony Tuah, Shukri Zainal, Azan Scan, Aril Pilus, Salman Al Farisi dan ramai lagi.
Larian Amal ini juga, dianjurkan bersama seperti; Multimedia Universiti (MMU), Melaka International College of Science and Technology (MiCoST), Universiti Teknologi Mara (UTM), Kolej Komuniti Melaka, Politeknik Merlimau dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Disamping itu, antara penyumbang awal bagi larian Amal ini ialah dari Kawalan Sri Setia Sdn. Bhd. Joshua Saviour selaku pengarah urusan.
Untuk pendaftaran, orang ramai boleh membuat secara dalam talian sehingga 20 April 2023 ini menerusi muat turun aplikasi VOMOS di Apple App Store dan Google Play Store.