Ronan Keating kembali menjayakan konsert satu malam Ogos ini

Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini.

Konsert bertajuk ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’, anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan Keating yang masih digemari hingga kini.

Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.

Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster” dan “This I Promise You”.

Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global. Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.

Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser.

Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting di www.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com mulai 30 Mei 2023 jam 12 tengahari. Harga jualan tiket adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi MIC Entertainment Group di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *