Search Bakal Temui Peminat Di Kuantan Selepas 15 Tahun

Kumpulan rock SEARCH, tak perlu diperkenalkan lagi malah tidak asing bagi penggemar muzik rock sejak tahun 80-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio dimana telah terjual ratusan ribu unit. Berpuluh-puluh lagu hits yang hangat masih lagi diputarkan di corong-corong radio, malahan ratusan konsert yang di buat sering terjual habis tiketnya sepanjang sejarah mencecah berdekad lamanya dalam industri muzik Malaysia dan sekaligus menjadikan mereka antara kumpulan rock yang terunggul di Malaysia sehingga ke hari ini.

Kejayaan konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat tahun lepas membuatkan Search kembali untuk peminat-peminat di Pantai Timur khususnya Kuantan untuk Konsert Search Rock N Roll Pie di Stadium SUKPA, Kuantan pada 21 Oktober 2023 bermula jam 9malam.

Konsert Search Rock N Roll Pie yang dianjurkan kali ini akan berlangsung selama 2 jam dengan lebih 20 lagu akan dipersembahkan untuk peminat nanti.

Sudah semestinya lagu-lagu hits yang sentiasa menjadi siulan sehingga kini juga akan dibawakan secara langsung pada malam tersebut.

“Konsert ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat di Pantai Timur yang mana mereka tidak pernah jemu menyokong sepanjang 42 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air”. Ujar Nordin Taib selaku ketua kumpulan Search.

Peranan besar juga di kreditkan kepada Space Limitless selaku rakan strategik, Gitar Legend dan JS Music selaku penaja. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan setuju untuk menjadi hotel rasmi dan THR Gegar sebagai stesen radio rasmi.

Tiket-tiket bagi konsert ini telah mula dijual sejak Julai 2023 dengan harga rahmah serendah RM95 (duduk) dan RM130 (berdiri). Tiket boleh didapati secara dalam talian www.ticket2u.com

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *