Menyedari kesan buruk disebabkan oleh kekurangan penghidratan pada kulit wajah, Millefleur tampil dengan Serum Penghidratan yang inovatif iaitu Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum yang mengandungi tiga bahan semulajadi utama iaitu Aloe Vera, Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate yang diformulasi bebas dari sebarang pewangi dan paraben serta sudah berada di pasaran sejak setahun lalu.
Ketiga-tiga bahan yang diperkenalkan itu berkuasa mengekalkan kelembapan, mengurangkan kekeringan dan mengembalikan kehalusan kulit; Aloe Vera Meningkatkan tahap penghidratan, mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.Alpha Arbutin Ekstrak daripada pokok Gingko merawat pigmentasi, mencerahkan kulit, memudarkan atau menghilangkan parut jerawat,Sodium Hyaluronate Membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membendung masalah kekeringan dan tekstur kulit yang tidak sekata.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.
“Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin. “Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kuit dan menjadikannya cerah dan bersiri dari dalam,”katanya.
Bagi menambah keyakinan kepada pengguna, produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal. Lebih menarik, Millefleur turut bakal mengeluarkan produk pelembap muka dan krim pelindung matahari (sunblock) dalam waktu terdekat. Bukan hanya itu, majlis hari ini turut memperkenalkan pelakon dan penyanyi berbakat besar, Wanna Ali sebagai duta Millefleur dalam majlis menandatangani dan pelantikan Wanna sebagai duta bersama Millefleur. “Selepas mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara Wanna dan pihak Millefleur, kami yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media”
“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna”. Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan. Iklan yang pertama video muzik membawa penceritaan tentang kecantikan yang bersatu dengan keindahan alam, kerana bahan semulajadi adalah formulasi terbaik untuk penjagaan wajah seperti Serum Millefleur. Iklan kedua adalah tentang penjagaan kecantikan rutin Wanna Ali yang ingin beliau kongsikan pada kesayangannya iaitu peminatnya.
Dan Iklan ke3 adalah berkonsepkan tidak kira usia ataupun warna kulit, kita semua adalah sama. Wanita harus sentiasa menyokong antara satu sama lain dan kecantikan semulajadi adalah milik semua wanita “Bagi merancakkan aktiviti promosi Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum, Millefleur turut menawarkan hadiah lumayan kepada kepada pengguna produk serum ini. Dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq Pengguna bertuah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 untuk saguhati sehingga RM2,000 sebagai hadiah pertama .
Dalam pada itu, Millefleur sedang giat mencari agen dan stokis dengan keuntungan yang tinggi untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan lumayan bersama produk ini dengan menghubungi talian hotline +01121277002.Bagi yang ingin mendapatkan Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini boleh membuat pembelian secara online di laman web rasmi www.millefleurskin.com atau melalui sistem agen online di www.millefleurempire.com dan boleh hubungi di talian +01121277002.