COËX TERUS DIHANTUI “PAKU DURJANA”

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG). Mereka mengembangkan sayap lagi dengan menyanyi kan lagu bertajuk “Paku Durjana” yang bertemakan filem seram diadaptasi dan dicipta khas untuk filem “Paku Tanah Jawa”. Filem ini merupakan filem terbitan AEG dan akan menghantui pawagam Malaysia juga Indonesia pada tahun ini. 

Lagu ini mengisahkan tentang wanita yang melakukan perjanjian dengan syaitan dimana perjanjian itu membawa kemudaratan kepada diri serta ahli keluarganya. Dia nekad untuk memutuskan perjanjian sekaligus melepaskan diri dari cengkaman syaitan tersebut. Lagu Paku Durjana dan filem Paku Tanah Jawa merupakan karya yang sangat dinantikan oleh peminat filem seram di Malaysia dan Indonesia setelah mengetahui siapa barisan pelakon ternama kedua-dua negara serumpun ini.

Sedikit latar belakang tentang COËX, mereka pernah menyertai pertandingan realiti di ASTRO, Big Stage Musim 5 dan mereka juga bergiat aktif di laman media sosial  mereka seperti Instagram – @wearecoex.official, TikTok – @wearecoex.official dan YouTube, – @coex.official. Menurut kata Mikaela yang juga merupakan ketua kumpulan dan vokal utama COËX, “Dari media sosial, kami telah menerima banyak exposure dan dijemput untuk membuat persembahan di festival dan music shows yang sangat besar terutamanya, SUPALAPA FESTIVAL. 

Bagi mereka, lagu ini adalah salah satu projek yang amat bermakna dan mengujakan kerana penglibatan diri mereka yang sangat mendalam untuk penghasilan juga konsep yang diberikan oleh pencipta lagu Paku Durjana, Emeer Bakri, Amsyar Razqa dan Sabbala. “Berdasarkan filem Paku Tanah Jawa, kami juga ingin menyampaikan bahawa semangat individu seseorang wanita itu adalah sangat penting. Walaupun ditindas, kita harus kuat menghadapi apa jua cabaran dan kami juga ingin menyampaikan bahawa wanita bukanlah sebarang ‘objek’. Wanita harus menunjukkan kekuatan tersendiri dan ‘not be controlled’. Standing up for yourself is always important!”

Menurut kata COËX, “Kami sangat teruja untuk menyampaikan karya dalam genre yang ke arah tradisional campuran moden kerana ini adalah kali pertama kami bereksperimen dan bermain dalam genre seperti ini. Kami harap pendengar di Malaysia, mahupun luar negara akan suka dengan lagu Paku Durjana dan teruskan menyokong kami dalam apa genre yang kami keluarkan di masa akan datang.”

“It has always been our identity dan kami ingin mengekalkan identiti itu selama kami berada di dalam industri. Namun, kami juga sangat lah terbuka untuk eksperimen pelbagai jenis genre, jadi Paku Durjana adalah salah satu peluang yang sangat berharga bagi kami, dapat berkolaborasi dengan filem dari Indonesia dan menghasilkan lagu berdasarkan adat dari negara jiran. Kami harap kami dapat sampaikan genre ini dengan baik.” 

“Proses kerjasama dengan komposer, Emeer Bakri, Amsyar Razqa dan Sabbala. adalah sangat smooth dan fun kerana kami memang sangat rapat dengan mereka. Begitu juga dengan proses penulisan lagu yang hanya mengambil masa dalam 2 sesi sahaja dan selebihnya kami meletakkan kepercayaan kepada komposer untuk mixing and mastering selama 2-3 bulan.”

Bagi COËX, komposer lagu ini juga sangat terbuka dengan idea-idea yang diberikan dan kebanyakkan lirik atau melodi semua dihasilkan oleh COËX beserta komposer. “Jadi kami sangat teruja dan tak sabar untuk memperdengarkan karya ini kepada semua pendengar di luar sana”.

COËX mengucapkan rasa syukur kerana dapat melibatkan diri dalam projek ini. Dalam masa yang sama, mereka sangat berbangga dan gembira kerana konsep photoshoot dan idea MV mereka menjadi realiti dengan bantuan produksi Armani Entertainment. “Semoga pendengar dan fans kami teruja mendengar lagu ini begitu juga dengan penghasilan muzik video Paku Durjana ini.  

Kehadiran kumpulan M-POP COËX ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan. Lagu Paku Durjana – COËX, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube COËX.official. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group dan COËX demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *