Konsert Solo Dato’ Awie yang diberi nama “Journey” akan menawarkan pengalaman unik dengan gabungan monolog dan persembahan teatrikal, menjadi tanda dagang Dato’ Awie. Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Dato’ Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.
Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau; yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia. Konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Dato’ Awie.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, “Ramai yang menantikan konsert solo Dato’ Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. Malah, laman web kami juga mencipta rekod menerima jumlah kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut. Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran dan pada masa yang sama menikmati diskaun bagi setiap pembelian.”
Tambah beliau lagi “Bagi konsert solo kali ini, beberapa kategori tiket telah diperkenalkan iaitu
- ROYAL BOX: RM1500 (beserta meet and greet)
- VIP+: RM1500 (beserta meet and greet)
- VIP: RM1000
- DIAMOND: RM700
- PLATINUM: RM418
- GOLD: RM288
- SILVER: RM218
Walaubagaimanapun, tiket bagi kategori SILVER, GOLD, dan PLATINUM telah pun habis dijual. Bagi memenuhi permintaan ramai, kami turut memperkenalkan kategori tiket terbaru iaitu RUBY yang berharga RM518 yang kini boleh dibeli melalui laman web rasmi iaitu www.pixeltix.com.my bermula hari ini.”
Istimewanya konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik yang juga bertindak sebagai pemain keyboard. Manakala pemain gitar pula ialah Ritz MetalAsia (Guitar 1), Addy Cradle (Guitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa’ang Zaman (Percussion).
Dato’ Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu-lagu popular beliau terutama dari album solo dan album Wings, termasuk dari album Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005).
Menurut Dato’ Awie, “Saya terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solo saya sehebat ini. Saya terperanjat apabila dimaklumkan 3 kategori utama tiket habis dijual dalam beberapa jam. Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baru agar semua peminat yang tidak sempat membuat pembelian tempohari, boleh berbuat demikian sekarang.”
“Konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat. Tema dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu peribadi dari saya untuk semua. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos nanti.” tambah beliau.
Menariknya lagi, Konsert “Journey” Awie juga turut berkolaborasi dengan sebuah institusi kewangan terkemuka yang tersenarai dalam Fortune 500 Asia Tenggara – Maybank. Dato’ Awie merupakan artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan Maybank bagi konsert ini. Pemegang kad Maybank akan menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket menggunakan kad Maybank. Selain itu, pembeli tiket juga boleh membuat pembayaran sebanyak 50% terlebih dahulu dan melunaskan baki selebihnya seminggu sebelum konsert bermula. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ini. Semua peminat bukan sahaja akan pulang dengan memori yang tidak dapat dilupakan, malahan setiap peminat akan diberikan cenderahati istimewa !