Kek Chocolate Indulgence® Secret Recipe Kini Hadir dalam Bentuk Lip Balm

Para peminat kek Secret Recipe kini berpeluang untuk menikmati rasa kek kegemaran mereka dalam bentuk yang berbeza! Secret Recipe, rangkaian kafe terkemuka Malaysia, telah menjalin kerjasama dengan jenama penjagaan diri tempatan, Wunderbath, untuk menghasilkan lip balm edisi terhad Chocolate Indulgence® sempena ulang tahun ke-27 syarikat tersebut.

Lip balm istimewa ini diilhamkan dari rasa dan aroma kek Chocolate Indulgence® yang menjadi kegemaran ramai. Ia dirumus khas oleh Wunderbath menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan dijamin akan memanjakan bibir pengguna dengan kelazatan coklat yang sama seperti kek ikonik tersebut.

Menurut Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe, “Sebagai jenama Malaysia, kami sentiasa menyokong jenama tempatan yang lain. Sepanjang tahun-tahun ini, kami telah bekerjasama dengan pelbagai jenama tempatan dari industri fesyen hingga kecantikan. Tidak hairanlah pada ulang tahun ke-27 kami ini, kami memilih untuk bekerjasama dengan Wunderbath untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa.”

Para pelanggan boleh mendapatkan lip balm Chocolate Indulgence® ini secara percuma melalui promosi hadiah dengan pembelian (GWP) bermula 24 Oktober 2024. Ahli Secret Recipe Rewards layak menerima lip balm ini dengan pembelian empat keping kek, manakala pelanggan biasa boleh mendapatkannya dengan pembelian sebarang kek penuh.

Pengasas Wunderbath, Evelyn Marieta, berkongsi kegembiraan beliau dengan kerjasama ini, “Selepas kejayaan set hadiah penjagaan diri ‘Cake It Easy!’ pada awal tahun ini, kami sangat teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan Secret Recipe. Kek Chocolate Indulgence® sangat digemari ramai dan kami seronok merumus pelbagai rasa dan aroma kek ini dalam bentuk lip balm.”

Promosi ini tersedia di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia (kecuali AEON Mall Taiping) dan Sarawak, tertakluk kepada stok yang ada. Tawaran ini sah untuk pesanan dine-in dan bawa pulang, meliputi semua kategori kek hirisan kecuali Brownies dan Chocolate Lava.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.secretrecipe.com.my.

Check Also

Yayasan Kal Venture Hulur Bantuan kepada Asnaf dan Veteran Tentera di Batu Arang

Semangat keprihatinan terus dipupuk oleh Yayasan Kal Venture Group Sdn. Bhd. melalui majlis penyampaian bantuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *