KAL VENTURE GROUP SDN BHD,PTTB SERTA KRT JALAN PERAK ANJUR PROGRAM BANTUAN VETERAN ATM DAN WARGA B40

KAL Venture Group Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PTTB) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Perak telah berjaya menganjurkan program bantuan untuk menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga B40 di Dewan Seri Mutiara, Banting, Selangor.

Program yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang telah memberi manfaat kepada 60 penerima yang terdiri daripada bekas anggota tentera dan penduduk B40 dari kawasan setempat. Program ini telah mendapat tajaan penuh daripada Dato’ Seri Paduka Nazri Ismail.

Encik Yakob bin Sukirman, Setiausaha Agung PTTB dalam ucapannya menegaskan bahawa program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya bekas anggota tentera yang telah berkhidmat untuk negara. Salah seorang penerima bantuan, Puan Arnyzah binti Narsah dari Kampung Bukit Changgang turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diterima.

Majlis telah dimulakan dengan acara rasmi termasuk nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa, diikuti dengan ucapan-ucapan rasmi daripada pihak penganjur dan tetamu kehormat. Kemuncak program adalah penyampaian sumbangan bakul makanan kepada para penerima yang telah dikenalpasti.

Program yang dihadiri oleh 100 tetamu ini telah diakhiri dengan jamuan untuk semua yang hadir. Majlis telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Check Also

Pemain PPA Tour Asia Panas Malaysia Cup 2025 beraksi di Setia Alam

KEJOHANAN PPA TOUR ASIA PANAS MALAYSIA CUP 2025 GELOMBANG BAHARU SUKAN PICKLEBALL

KUALA LUMPUR, 24 September 2025 – Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia sukan apabila PPA …

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise 2026

ISLAMICRUISE UMRAH EKSKLUSIF 2026 DI AROYA CRUISE

Kuala Lumpur, 22 September 2025 – IslamiCruise® telah mengumumkan pelancaran Family & Friends Package 2026 …

Leave a Reply