KOLABORASI ISTIMEWA ANTARA PENDAKWAH MUDA TERKENAL INDONESIA USTADZAH AYU NAYLUL MUNA ALMUNAWWAR, PENULIS LAGU RISNA ORIES & TOKOH AWAM AISYAHRANI BAKAL MEMIKAT PEMINAT MUZIK MALAYSIA

Majlis “Beautiful Journey special Kuala Lumpur” telah menyaksikan perkongsian kisah hijrah yang menarik antara penulis lagu dan penerbit muzik Indonesia, Risna Ories bersama gurunya, Ustadzah Ayu Naylul Muna Almunawwar.

Ustadzah Ayu Naylul Muna Almunawwar, seorang pendakwah muda yang kini mendapat sambutan hangat di Indonesia dan Malaysia, bukan sahaja dikenali dengan ilmu agama yang mendalam serta akhlak yang terpuji, malah turut berbakat dalam bidang kesenian. Hal ini telah dibuktikan melalui projek “Beautiful Journey: Ketika Doa Dijawab dengan Cinta” yang berlangsung di Malaysia baru-baru ini.

Kolaborasi istimewa ini telah menghasilkan sebuah lagu berjudul “Tuhan Dengarkan Doaku”. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Aisyahrani, seorang tokoh berpengaruh dalam kalangan selebriti Indonesia dan media sosial, yang juga merupakan adik dan pengurus perniagaan kepada penyanyi terkenal Syahrini.

Single yang bakal dilancarkan menjelang Ramadan ini mengisahkan perjalanan hijrah seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah, walaupun terpaksa melalui cabaran yang getir. Lagu ini diilhamkan daripada pengalaman sebenar perjalanan hijrah penulis lagu dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ustadzah Ayu Naylul Muna Almunawwar yang semakin dikenali di rantau ini telah menyumbang sentuhan kerohanian yang istimewa dalam lirik lagu tersebut. Risna Ories pula telah menghasilkan melodi yang mesra pendengar tetapi menawan, menjadikan lagu ini sebuah karya yang mengundang penghayatan mendalam.

Pemutaran perdana lagu ini telah berjaya memikat hati para tetamu yang hadir dalam majlis “Beautiful Journey” di Kuala Lumpur, termasuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah seperti Neelofa dan Yatt Hamzah.

Perihal Ustadzah

Ayu Naylul Muna Almunawwar Merupakan pendakwah muda yang mendapat sambutan menggalakkan di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau merupakan salah seorang murid Habib Umar Bin Hafidz dan Alumni Daruzzahro Tarim Hadramout, serta adik kepada Ustadzah Nur Alina Almunawwar yang aktif berdakwah di Malaysia.

Risna Ories

Perihal Risna Ories

Beliau ialah penulis lagu dan penerbit muzik Indonesia yang terkenal, pernah bekerjasama dengan artis terkemuka seperti Syahrini, Afgan, Maudy Ayunda dan Cinta Laura. Kemahirannya menghasilkan lagu pelbagai genre telah menjadikan beliau antara penerbit yang disegani dalam industri muzik.

Aisyahrani

Perihal Aisyahrani

Seorang tokoh awam dan personaliti media sosial yang dikenali dengan pengaruh positifnya. Beliau aktif berkongsi nilai-nilai kehidupan yang baik dan memberikan sentuhan unik dalam lagu tersebut.

Check Also

NIDJI Spektakuler: 23 Hit Terhebat

Kumpulan rock Indonesia, Nidji berjaya menghangatkan suasana di Kuala Lumpur dengan persembahan yang memukau di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *