NIPPON SUSHI DAN MYVIETS RAIKAN RAMADAN DENGAN HIDANGAN FUSION JEPUN-VIETNAM BERINSPIRASIKAN RASA TEMPATAN

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2025 – Sempena ketibaan bulan Ramadan, dua jenama restoran tempatan yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, iaitu Nippon Sushi dan MyViets, memperkenalkan menu istimewa yang menggabungkan cita rasa asli Jepun dan Vietnam bersama sentuhan tempatan yang menggamit selera.

Nippon Sushi mengetengahkan pelbagai pilihan hidangan berinspirasikan kari Jepun yang kaya dengan rasa umami dan aroma yang membangkitkan selera. Antara tarikan utama termasuk Sukiyaki Beef Curry yang membolehkan pelanggan menikmati pengalaman unik memasak sendiri hirisan daging dalam kuah kari panas mengikut cita rasa masing-masing. Salmon Head Curry Udon pula menjadi pilihan berkuah yang mengenyangkan dan memuaskan. Tidak ketinggalan, hidangan popular seperti Chicken Katsu Curry Don, Beef Curry Don dan Beef Hamburg Curry Don pasti menjadi kegemaran ramai. Ciptaan kreatif seperti Lemongrass Chicken Makimono turut ditampilkan, mempersembahkan rasa Malaysia dalam bentuk maki yang lazat.

Sementara itu, MyViets membawakan pilihan makanan Vietnam yang ringan namun menyegarkan. Pelanggan boleh memulakan juadah dengan Lemongrass Chicken Bao atau Lemongrass Beef Bao yang lembut dan penuh rasa. Summer Roll Grilled Chicken with Green Sauce pula menawarkan gabungan gulungan Vietnam yang rangup dengan sos ketumbar yang menyegarkan. Bagi mereka yang ingin merasai lebih daripada satu hidangan, Mini Bowl Combo membolehkan pelanggan memilih tiga daripada lima pilihan utama seperti Pho Ga Chicken, Dumplings and Snow Crab, Spicy Pho Bo Tenderloin, Soy Noodle Chicken and Dumpling, Soy Noodle Meatball serta Rice with Lemongrass Chicken. Untuk pilihan berbuka bersama keluarga atau rakan, Set Ramadan MyViets hadir dengan sajian lengkap termasuk Black Pepper Beef Tenderloin, Butter Prawn dan Sauteed Broccoli with Ginger Sliced, serta tambahan Rendang Chicken bagi set empat orang.

Menu Ramadan ini telah dihasilkan oleh chef berpengalaman dengan tujuan untuk menawarkan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan sepanjang bulan puasa. Menurut Siti Noraini Nuawi, Pengarah dan Pengasas Nippon Sushi Group, gabungan rasa tempatan dalam hidangan antarabangsa ini menjadi keunikan yang membezakan mereka dalam industri makanan dan minuman. Beliau turut menegaskan komitmen syarikat dalam memastikan semua hidangan mematuhi piawaian halal yang ditetapkan oleh JAKIM agar setiap pelanggan dapat menikmati makanan dengan yakin dan selesa.

Pada majlis pelancaran, Nippon Sushi Group turut mengumumkan bahawa sebanyak 19 cawangan Nippon Sushi dan 13 cawangan MyViets kini menerima pensijilan halal JAKIM, termasuk dapur pusat mereka. Usaha pensijilan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak cawangan serta jenama lain di bawah kumpulan syarikat demi memberikan keyakinan kepada pelanggan terhadap penggunaan bahan halal berkualiti, proses pengendalian yang teratur serta amalan kebersihan yang baik di setiap cawangan dan dapur berpusat.

Siti Noraini turut menyatakan hasrat jangka panjang syarikat untuk menjadi rangkaian restoran halal terkemuka di Malaysia dan di peringkat antarabangsa dengan mengekalkan komitmen terhadap penyediaan hidangan halal yang lazat, berkualiti dan penuh keikhlasan.

Menu istimewa Ramadan ini boleh didapati di semua cawangan Nippon Sushi dan MyViets dari 1 Mac hingga 30 April 2025 dan akan diteruskan sepanjang bulan Syawal. Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini, ikuti laman media sosial rasmi Nippon Sushi Malaysia dan MyViets Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

Check Also

GEROBOK BIRU GEGAK GEMPITA RAYA 2025: FESTIVAL RAYA TERBESAR & TERLAMA DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Festival jualan raya yang paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025, bakal mencipta …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *