MELISSA KEMBALI MENGGEGAR DENGAN KONSERT ULANG TAHUN KE-35 DI JOHOR BAHRU

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025 – Kumpulan rock legenda tanah air, MELISSA, bakal mencatat sejarah tersendiri apabila mengadakan Konsert Gegar Bumi Selatan 35 Tahun Anniversary Melissa, sempena sambutan ulang tahun penubuhan mereka yang ke-35. Konsert istimewa ini akan berlangsung di The Colosseum Rooftop, City Plaza Johor Bahru, pada hari Sabtu, 28 Jun 2025, jam 9 malam.

Masih mengekalkan kesemua ahli asal — Aliff, Fareez Undertaker, Ajak Melissa dan Ancoy — Melissa tampil penuh tenaga dengan gabungan nostalgia dan semangat baru dalam menyambut tiga dekad setengah mereka dalam dunia muzik.

Menambah kehangatan pentas, Melissa turut membariskan pemuzik undangan termasuk Black Melissa Band selaku pemain dram dan Kyoji Sky sebagai gitaris serta pemain keyboard. Mereka kini beraksi di bawah entiti Melissa Band, yang ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Ajak Melissa sendiri.

Konsert ini turut menampilkan dua kumpulan rock jemputan: Spellbound dari selatan tanah air dan Ozon dari utara, sebagai pembuka tirai. Persembahan epik Melissa pula bakal menghimpunkan 16 lagu paling ikonik daripada ketiga-tiga album mereka — Pendirian (1990), Kami Mat Rock (1991), dan Mistik (1993). Antara lagu yang akan didendangkan termasuk “Cinta Untuk Nabila”, “Pendirian”, “Bencana”, “Puteri Nagasari”, “Takdir Sebuah Cinta”, “Laduni”, “Boneka Kaca”, dan versi baharu “Coronavirus”.

Dengan durasi hampir tiga jam, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa — ia merupakan penghormatan kepada era kegemilangan rock kapak yang pernah menguasai corong radio dan hati rakyat Malaysia. Suasana di atas bumbung bangunan dengan pentas terbuka turut menjanjikan pengalaman konsert yang lebih segar dan luar biasa.

“Lagu-lagu Melissa kekal relevan dan evergreen. Kami amat teruja akhirnya dapat menghadiahkan konsert pertama selepas 35 tahun kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami,” ujar wakil kumpulan.

Harga tiket berkonsepkan harga purata iaitu RM120. Tiket boleh didapati melalui pautan rasmi:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSesc_VXeng6sWPVHf1YRvkzrc9qXWG9POEWyPwK3mF9wCo3ZQ/viewform

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bumirock Production

Arie: 013-244 3445

Zaza: 013-782 3076

Check Also

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia akan menyaksikan detik bersejarah apabila empat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *