LAYAK BAHAGIA INTAN MAYA: SINGLE DEBUT ARTIS BAHARU SRC

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 — Suria Records (SRC) meneruskan usaha mencungkil bakat baharu apabila memperkenalkan Intan Maya, penyanyi muda yang kini hadir dengan single sulung berjudul Layak Bahagia.

Pemilihan Intan Maya, 23, yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dilakukan menerusi sesi pencarian bakat di TikTok. Keunikan suara dan pengalaman busking menjadi nilai tambah untuk SRC menampilkan bakatnya ke pentas muzik arus perdana.

Intan Maya Layak Bahagia single debut Suria Records
Layak Bahagia Intan Maya

Single Layak Bahagia hasil kerjasama dengan komposer dan penulis lirik terkenal, Mas Dewangga, menceritakan luahan hati seorang wanita yang ditinggalkan tetapi bangkit kuat menghadapi hari mendatang. Liriknya diharap menjadi penguat semangat kepada pendengar yang melalui fasa sama.

“Saya sangat teruja dan berharap pendengar dapat menerima debut ini dengan hati terbuka serta terus menyokong karya saya pada masa depan,” kata Intan Maya.

Layak Bahagia kini boleh didengar di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, Deezer dan dimuat turun melalui iTunes. Lagu ini juga sudah mula diputarkan di stesen radio tempatan.

Check Also

Persembahan artis legenda di Konsert Ijmal Ramadan 3.0 Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL RAMADAN 3.0 HIDUPKAN NOSTALGIA DAN BANTU ANAK SENI

Suasana penuh emosi dan nostalgia jelas terasa apabila Konsert Ijmal Ramadan 3.0 berjaya menghimpunkan barisan …

Poster filem Tak Terjawab lakonan Anna Jobling

TAK TERJAWAB FILEM AIDILFITRI 2026 BAWA EMOSI DAN KELANGSUNGAN

Filem Aidilfitri 2026, ‘Tak Terjawab’, memukau penonton dengan kisah kehilangan dan pencarian hidayah. Lakonan sensasi …

Leave a Reply