FILEM “GERBANG SETAN” : KETAWA DAN GIGIL DI DESA BERHANTU

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2025 – Filem Gerbang Setan hasil karya pengarah prolifik Toto Hoedi muncul sebagai salah satu filem horor-komedi Indonesia paling mencuri perhatian tahun ini. Ia bakal ditayangkan di Malaysia pada 7 Ogos 2025 , filem ini menampilkan gabungan pelakon generasi lama dan baharu seperti Ummy Quary, Mc Danny, Rizza Fahlevi, Renaga Tahier, Rachel Oldham, serta barisan pelawak legenda antaranya Komeng, Cak Lontong, Opie Kumis dan ramai lagi.

Berlatarbelakangkan suasana desa terpencil bernama Lawase Urip, lima sahabat iaitu Diki, Beni, Rachel, Bagas dan Wina telah menemui selebaran misteri yang mengajak mereka ke lokasi percutian seram yang menjanjikan pengalaman luar biasa. Namun kedatangan mereka ternyata membuka pintu ke alam lain, apabila sebuah ritual kuno yang menyambut purnama merah mula mengorbankan nyawa satu demi satu. Apa yang dijangka hanya lawatan seram bertukar menjadi perjuangan untuk keluar hidup-hidup dari Gerbang Setan.

Dari sudut kekuatan, filem Gerbang Setan memanfaatkan elemen nostalgia dan lawak bersahaja dari barisan komedian seperti Jarwo Kwat, Akbar Kobat, Opie Kumis, dan Castello yang membentuk dinamik segar dalam babak-babak menegangkan. Kombinasi antara ketakutan dan jenaka menjadikan filem ini sebagai alternatif ringan kepada filem horor berat. Visual suasana desa yang gelap, efek bunyi menyeramkan dan kejutan-kejutan ghaib juga berjaya membina atmosfer yang immersive walaupun sesekali diganggu dengan babak komedi berlebihan.

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang boleh dipertimbangkan. Sesetengah penonton merasakan elemen komedi terlalu dominan, mengganggu konsistensi emosi cerita yang sepatutnya lebih menegangkan. Malah, ada juga babak CGI yang kelihatan kurang kemas dan membuatkan sesetengah adegan terasa seperti sinetron horor, bukan produksi filem.

Dari segi naratif pula, filem ini cuba mengangkat kembali unsur-unsur urban legend serta budaya ritual masyarakat desa, namun penceritaan terasa agak padat dan sedikit berserabut menjelang klimaks. Walaubagaimanapun, mesej yang disampaikan berkaitan tamak, keserakahan dan pengorbanan dalam komuniti tetap berjaya diolah dengan cara yang mudah difahami.

Secara keseluruhan, filem Gerbang Setan merupakan tontonan santai yang sesuai untuk penonton yang ingin menikmati kisah seram yang tidak terlalu menekan, dengan suntikan humor dan kehadiran pelakon pelawak tersohor Indonesia. Ia bukan filem yang akan membuat anda takut berhari-hari, tetapi cukup untuk menggugah rasa dan memberi hiburan seimbang antara mistik dan lawak.

Check Also

selebritionline portal hiburan

SEKAI NO OWARI Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Oktober Ini!

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Buat julung kalinya, kumpulan muzik popular dari Jepun, SEKAI …

selebritionline portal hiburan

KONSERT ULANG TAHUN MR D.I.Y. TARIK 10,000 PENONTON DI STADIUM MERDEKA

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025 – Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Merdeka bagi menyaksikan konsert …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *