MALIK CHOO LANCAR LAGU SUKA KAMU

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2025Malik Choo, artis versatil yang sebelum ini dikenali menerusi kolaborasi lagu-lagu viral, kini tampil dengan single solo pertama berjudul “Suka Kamu”. Lagu ini memaparkan kisah cinta yang tulus, menerima pasangan seadanya, serta meraikan keindahan hubungan merentasi perbezaan budaya dan latar belakang. Single ini boleh didapati di semua platform penstriman digital bermula hari ini.

selebritionline portal hiburan

Diterbitkan oleh PERSATUAN dan ditulis oleh Malik Choo, Shazee Ishak dan Mambang, Suka Kamu hadir dengan lirik korus mudah diingati – “Ku suka kamu seperti kamu” – yang menggambarkan penerimaan tanpa syarat terhadap insan yang disayangi.

selebritionline portal hiburan

Video muzik arahan Fareez Nasir mengangkat naratif cinta antara seorang penghantar barang pemalu (lakonan Malik Choo) dengan seorang gadis lantang (lakonan Wan Nasuha). Visualnya bukan sahaja memaparkan kisah romantis, malah menonjolkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

selebritionline portal hiburan

Menurut Malik, inspirasi karya ini lahir daripada pengalaman peribadi sebagai seorang muallaf. “Saya mahu video muzik ini membawa mesej bahawa cinta tidak mengenal warna kulit atau asal-usul, tetapi lahir dari jiwa yang tulus,” katanya.

Penyanyi yang fasih dalam Bahasa Kantonis, Melayu dan Inggeris ini pernah membintangi lagu-lagu popular seperti Kita Jaga Kita bersama YB Altimet dan Cuurley (10 juta tontonan YouTube) serta Lelaki Di Telefon bersama Afieq Shazwan (1.7 juta penstriman Spotify).

Single ini turut menjadi projek pertama Malik di bawah geran DKK Industri Muzik Dana Kebolehan Pasaran (Domestik 2.0) oleh MyCreative Ventures dan KKMM, serta kerjasama SVLTAN Management dengan Sony Music Entertainment Malaysia. Peminat boleh menjangkakan penampilan istimewa YB Altimet dalam video muzik ini.

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply