ALBUM BAHTERA “AURA CINTAKU” BAWA NAFAS BARU MUZIK MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Kumpulan Bahtera melangkah lebih serius ke arus perdana dengan pelancaran album sulung mereka bertajuk “Aura Cintaku”, sekali gus membuktikan komitmen dalam industri muzik tanah air tahun 2025.

Album ini merupakan projek impian Adie Bahtera, gitaris utama yang juga pengasas Bahtera, bersama produser Mubin Md Nor di bawah payung Bahtera Muzik Studio. Album ini menampilkan 12 karya, termasuk 10 lagu nyanyian oleh vokalis utama Reyza dan dua trek instrumental hasil permainan Amy (drum), Karchik (bass) dan Adie (gitar utama).

Album Bahtera Aura Cintaku 2025

Album Aura Cintaku menghimpunkan karya ciptaan Adie sejak tahun 2009 hingga kini, selain kerjasama dengan komposer ternama seperti Omar K, Zimi Sofarz dan Iskandar Bujang. Antara lagu yang menjadi taruhan ialah Firasat Jiwa, Bunuhan Cinta, Rentan, Antara Cinta dan Kesetiaan, Segunung Cinta serta Cinta Sejati.

Projek ini turut disokong oleh Dana Kandungan Kreatif (DKD) 2024 di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia dengan fasilitasi MyCreative Ventures. Kerja rakaman dilakukan secara berperingkat sejak 2021, melibatkan tenaga juruadun terkenal seperti Iskandar Bujang dan CI Toh.

Album Bahtera Aura Cintaku 2025

Selain itu, album ini telah menyiapkan dua muzik video rasmi iaitu Bunuhan Cinta dan Rentan arahan Opie Zami dari Nonamefilmfactory. Menurut produser Mubin, matlamat utama Bahtera ialah melahirkan band baharu Malaysia yang mampu bersaing di arus perdana dengan karya segar dan berkualiti.

Album Bahtera Aura Cintaku 2025

Album ini bukan sekadar koleksi muzik, tetapi juga sarat mesej tentang kesetiaan, kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan dan ketuhanan, menjadikannya relevan kepada pendengar pelbagai generasi.

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …