Kuala Lumpur, 23 Ogos 2025 – Buat julung kalinya dalam sejarah, empat gelaran ratu berprestij dinobatkan serentak pada satu pentas di Wyndham Grand Bangsar. Pertandingan ratu kali ini menyaksikan pemenang daripada Supermodel Universe International, Mrs Earth Malaysia, Mrs Classic Universe Malaysia dan Women of the Universe Malaysia 2025 diumumkan pada malam yang sama.

Sejarah ini dilakar apabila Risa Suzuki dari Jepun dan Vasan dari Malaysia muncul juara Supermodel Universe International 2025, sementara Mandy K Gondaara dinobatkan Mrs Earth Malaysia 2025. Dalam kategori lain, Ng Wee Mian (Miu Miu) memenangi Mrs Classic Universe Malaysia dan Shantinee Mahendran diangkat sebagai Woman of the Universe Malaysia.

KEGEMILANGAN ACARA RANTAU & ANTARABANGSA
Pertandingan melibatkan 20 delegasi dari Malaysia, Syria, Nigeria, Turkiye, Jepun, Seychelles dan Kenya. Mereka diuji dalam tiga pusingan utama – pakaian tradisional, pakaian renang dan gaun malam, diiringi perarakan fesyen JK Fashion serta koleksi VIMONO: Vintage Kimono Cardigans oleh Anastasia.

Selain pertandingan, peserta juga diuji melalui inisiatif alam sekitar, video advokasi dan kelas pembangunan diri. Delegasi kategori Mrs turut menjadi mentor kepada peserta muda, menjadikan edisi tahun ini unik dan penuh inspirasi .
PEMENANG MRS EARTH & WOMEN OF THE UNIVERSE
Selain Risa dan Vasan, Malaysia turut menyaksikan kejayaan besar apabila:
- Mandy K Gondaara dinobatkan Mrs Earth Malaysia 2025
- Kasturi Muniandy membawa pulang gelaran Mrs Earth International Malaysia & Mrs Earth West Malaysia 2025
- Datin Kelvin Dhillon muncul Mrs Elite Earth Malaysia 2025
- Ng Wee Mian (Miu Miu) dinobatkan Mrs Classic Universe Malaysia 2025
- Shantinee Mahendran diangkat sebagai Woman of the Universe Malaysia 2025

Semua pemenang menerima mahkota, selempang, trofi serta hadiah termasuk pakej kesihatan tajaan The Heal bernilai RM150,000 .
MALAYSIA JADI PUSAT PAGEANT DUNIA
Majlis turut diserikan oleh tokoh antarabangsa serta panel juri ternama. Pengarah acara, Ammetta Malhotra, baru sahaja dilantik sebagai Presiden Mrs Earth selama lima tahun – satu pengiktirafan yang dijangka melonjakkan kedudukan Malaysia dalam pelancongan alam sekitar global.

Final dunia Supermodel Universe akan berlangsung di China pada 12–16 November 2025. Sementara itu, Mrs Earth International bakal dihoskan di Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang serta Sabah/Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang .