KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink kembali menggegarkan Malaysia dengan tema baharu “Paint the Town Red”. Festival muzik dan gaya hidup tahunan ini akan berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang, menampilkan 33 artis tempatan dan antarabangsa bersama festival fesyen serta makanan terbesar tahun ini.
Selain hiburan, festival ini turut disokong oleh kolaborasi jenama besar seperti AirAsia, Hotlink, Perodua, 7-Eleven dan KL Foodie, menjadikan acara ini bukan sekadar konsert tetapi pengalaman gaya hidup menyeluruh.

Festival Muzik Paling Dinanti 2025
Barisan artis tahun ini cukup meriah dengan legenda tanah air Dato’ M. Nasir, Ella, Jamal Abdillah, Slam, Def-Gab-C, Bunkface, K-Clique serta ramai lagi. Turut memeriahkan pentas, artis serantau dari Indonesia seperti Samsons, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.
Pengunjung bakal menikmati pelbagai genre muzik, daripada rock, pop hingga indie, yang menjanjikan persembahan penuh tenaga dan vibe luar biasa.

Tarikan Fesyen & Makanan
Festival ini turut menampilkan Hausboom Lokal Fest 2025 dengan lebih 80 jenama “streetwear” termasuk SVG, Makerz, Kyrex dan koleksi thrift eksklusif oleh SOVO.
Bagi pencinta makanan, Hausboom KL Foodie Fest akan menghidangkan lebih 100 vendor unik — daripada juadah jalanan, hidangan viral hingga sajian istimewa.
Menariknya, setiap pemegang tiket berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa melalui cabutan bertuah eksklusif sepanjang festival.
Harga Tiket & Pembelian
Tiket dijual bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) yang menawarkan akses premium termasuk hidangan tanpa had dan laluan ekspres.
👉 Pembelian boleh dibuat di laman rasmi Hausboom Festival 2025.
AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bukan sahaja mengangkat hiburan muzik tetapi juga menjadi platform meraikan gaya hidup, fesyen dan kreativiti anak muda Malaysia.