KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – HWC Coffee, rangkaian kopi premium No.1 di Malaysia, melakar sejarah baharu dengan pelancaran BAPE Café x HWC Coffee di Suria KLCC. Kolaborasi ini menggabungkan budaya kopi specialty dengan fesyen jalanan, menjadikannya destinasi gaya hidup moden yang unik untuk pencinta kopi dan peminat urban culture.

Acara perasmian penuh bergaya itu diserikan dengan upacara simbolik pecah belon oleh CFO BAPE Café, Mr. Philip, bersama CEO HWC Coffee, Ms. Zenda Ng. Ia turut dimeriahkan dengan tayangan muzik video terbaharu HWC serta persembahan tarian oleh penari profesional.

Specialty Coffee Premium Eksklusif
Pelancaran ini menandakan kemasukan dua varian kopi istimewa bertaraf dunia ke pasaran Malaysia. Panama Geisha Blend kini tersedia di semua cawangan HWC Coffee dengan pilihan menaik taraf hanya RM2 untuk menggunakan biji Geisha. Sementara itu, Panama Los Lajones Geisha Honey 12D (LLGH) diperkenalkan secara eksklusif di BAPE Café x HWC Coffee KLCC, dengan edisi terhad hanya 400 cawan berharga RM59 setiap satu atau RM299 bagi sebungkus 227g.

Kedua-duanya terkenal dengan aroma bunga yang harum, kemanisan halus serta kejelasan rasa yang luar biasa, menjadikannya pengalaman kopi premium yang jarang ditemui di pasaran Malaysia.
Drama Digital “Cinta Si Coffee Hunter”
Bersempena sambutan International Coffee Day 2025, HWC Coffee turut memperkenalkan drama digital eksklusif berjudul “Cinta Si Coffee Hunter”. Arahan Azhar Jalil dan diterbitkan oleh Ilham Abata, drama mini ini ditayangkan di TikTok rasmi HWC sepanjang Oktober dengan episod berdurasi tiga minit setiap hari.

Siri 30 episod ini mengisahkan perjuangan Sofia (Dayang) membangunkan kafe miliknya sambil berdepan sabotaj dan cabaran. Drama ini turut menampilkan watak Tengku (Syafitee), seorang jutawan yang jatuh hati pada kegigihan Sofia, serta Rina (Nasz Sally), rakan karib yang sentiasa menyokong dalam suka duka kehidupannya. Barisan pelakon sokongan lain juga hadir menghidupkan naratif tentang perjuangan, persahabatan dan cinta dalam dunia kopi.

Drama menegak ini dihasilkan khusus untuk generasi muda di media sosial, membawa mesej mendidik bahawa specialty coffee adalah gaya hidup sihat dan berkualiti yang boleh dinikmati setiap hari.
Aktiviti & Sambutan Hari Kopi Sedunia

Majlis pelancaran turut meriah dengan sidang media, sesi bergambar artis, serta Guest DJ Coffee Rave Party oleh Ashley Lau yang memadukan muzik, cabutan hadiah dan aktiviti interaktif.
Sebagai meraikan Hari Kopi Sedunia pada 1 Oktober, HWC Coffee menawarkan 100 pelanggan terawal HWC Coffee Hunter Subscribers minuman percuma Los Lajones Geisha Honey Pour-Over bernilai RM59 di KLCC. Selain itu, 1,000 cawan Panama Geisha Blend Americano diagihkan percuma di seluruh negara kepada pengguna aplikasi HWC.

Harapan Masa Depan
Menurut CEO, Ms. Zenda Ng, kolaborasi bersama BAPE Café dan pengenalan drama digital ini adalah sebahagian daripada visi jangka panjang syarikat.
“Kami mahu mendidik masyarakat bahawa kopi sebenar adalah pengalaman hidup. Dengan specialty coffee dan kandungan kreatif seperti Cinta Si Coffee Hunter, HWC Coffee komited menjadi peneraju budaya kopi di rantau ini,” katanya.