DERMALENE LANCAR KEMPEN YEAR END SALE 2025 BERSAMA ZUS COFFEE

Dermalene membuka tirai Dermalene Year End Sale 2025 menerusi majlis tahunan “Breakfast With Dermalene” yang bertema Healthy and Wellness. Acara bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dengan sambutan meriah daripada para pengunjung.

Acara ini turut menampilkan kolaborasi eksklusif dengan ZUS Coffee melalui pelancaran tumbler edisi terhad Dermalene x ZUS yang hanya boleh didapati sepanjang kempen berlangsung di semua cawangan Dermalene.


AKTIVITI SANTAI DAN PEMERKASAAN KESIHATAN

Konsep Open Day memberi peluang tetamu menikmati sesi Zumba, hidangan sarapan, kuih tradisional dan pencuci mulut. Beberapa vendor turut memeriahkan suasana termasuk MegaZahran, Physiomobile, Optimax Eye Specialist dan My Dental Care yang menawarkan servis menarik sepanjang majlis.

Majlis Breakfast With Dermalene bersama kolaborasi ZUS Coffee.

Empat minuman istimewa ZUS Coffee juga diagihkan secara percuma kepada semua pengunjung sebagai tanda penghargaan.


RAWATAN TERBAHARU DAN PELANCARAN ALENE WELLNESS

Dermalene memperkenalkan dua rawatan baharu iaitu DermaleneLift: HIFU dan DermaleneLift: PRX-T33 yang memberi fokus kepada penyelesaian masalah penuaan secara selamat dan berkesan.

Dalam masa yang sama, Dermalene melancarkan Alene Wellness, inisiatif khusus yang memfokuskan kesihatan menyeluruh melalui Inbody Scan Analysis dan beberapa servis baharu yang akan diperkenalkan bagi membantu orang ramai mencapai berat badan ideal.


KEHADIRAN COACH LEHAOSEM DAN KEMERIAHAN HADIAH

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Coach LehaOsem, figura kecergasan yang berkongsi motivasi dan tips gaya hidup sihat. Pelbagai mini games, hadiah menarik dan cabutan bertuah menjadikan pengalaman pengunjung lebih menyeronokkan.

Majlis Breakfast With Dermalene bersama kolaborasi ZUS Coffee.

Sebagai tawaran kemuncak, Dermalene menyediakan diskaun sehingga 35% OFF untuk pakej rawatan sepanjang kempen Year End Sale hingga 31 Disember 2025.

Wakil Dermalene berkata, “Kecantikan bermula dengan gaya hidup seimbang. Melalui Breakfast With Dermalene dan Alene Wellness, kami mahu membina komuniti yang lebih yakin, lebih sihat dan lebih berpengetahuan tentang kesihatan diri.”

Acara ini mengukuhkan komitmen Dermalene dalam menyatukan kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan demi membantu setiap individu mencapai versi terbaik diri mereka.

Check Also

BIENZ Putrajaya dengan pizza A5 Wagyu dan ruang makan luas

BIENZ PILIH PUTRAJAYA UNTUK CAWANGAN KEDUA, PIZZA A5 WAGYU KINI LEBIH DEKAT

Jenama F&B tempatan premium, BIENZ, terus mengorak langkah baharu apabila rasmi membuka cawangan kedua di …

Pelancaran rasmi RTE Aris Burger di Kompleks Usahawan MARA

RTE ARIS BURGER PERKUKUH PRODUK HALAL TEMPATAN

RTE Aris Burger kini rasmi dilancarkan sebagai langkah strategik memperkukuh produk makanan halal keluaran PKS …

Leave a Reply