Putri Jasmin muncul sebagai bakat muda yang semakin menyerlah. Penyanyi berusia 18 tahun dari Bandung ini sudah lama memupuk minat dalam muzik. Perjalanan awalnya bermula sejak kecil dan diteruskan dengan impian besar untuk bergelar penyanyi profesional.
MULA MENCORAK KARIER SEJAK USIA MUDA
Putri pernah menyertai Indonesian Idol sebanyak dua kali. Percubaan pertamanya pada usia 11 tahun, disusuli percubaan kedua sewaktu berumur 15 tahun. Walaupun hanya mara sehingga Top 40, semangatnya tidak pernah pudar. Putri turut memperkukuh bakat apabila tampil dalam The Voice Kids Indonesia pada 2021.

Selain menyanyi, Putri aktif dalam dunia lakonan dan pernah terlibat dalam beberapa siri drama di Indonesia. Usaha berterusan ini membuktikan bahawa bakatnya semakin matang dan berkembang seiring masa.
PURNAMA RECORDS & SONY MUSIC MALAYSIA BAWA PUTRI KE PASARAN TEMPATAN
Hasil kerja kerasnya menarik perhatian Purnama Records, yang kini bekerjasama dengan Sony Music Malaysia untuk memperkenalkan Putri ke pasaran tempatan. Melalui kolaborasi ini, Putri tampil dengan single terbaharu berjudul “DIA” — sebuah karya penuh emosi tentang ikhlas melepaskan cinta yang tidak kembali.

Dengan vokal yang kuat dan penuh perasaan, Putri berjaya menyalurkan kedukaan lagu ini dengan cara yang sangat menyentuh. “DIA” menjadi platform terbaik untuk menonjolkan kekuatan vokalnya kepada peminat Malaysia.
“DIA” SUDAH DI SEMUA PLATFORM
Single “DIA” – Putri Jasmin kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital dan saluran YouTube rasmi. Dengan bakat yang semakin berkembang, Putri bersedia untuk mewarnai industri muzik Nusantara dengan gaya serta karakter tersendiri.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia