SPANA revolusi servis motosikal apabila melancarkan pusat servis berteraskan komuniti yang tampil dengan pendekatan baharu dalam industri penyelenggaraan dua roda di Malaysia.
Dengan lebih 16 juta motosikal berdaftar di negara ini, keperluan terhadap servis telus, berkualiti dan mampu milik semakin mendesak, khususnya bagi golongan B40 serta pekerja ekonomi gig.

Menjawab realiti itu, SPANA memperkenalkan konsep “Rider Jaga Rider” yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman dan harga kompetitif dalam satu ekosistem sokongan menyeluruh.
“SPANA bukan sekadar bengkel. Ia adalah gerakan komuniti. Kami mahu setiap rider tahu – mereka tidak bersendirian,” kata Pengerusi SPANA, Datuk Rosyam Nor.

Beliau turut menegaskan prinsip utama syarikat ialah Servis Gaya T20, Harga B40, tanpa kos tersembunyi.
MODEL KEAHLIAN PERKUKUH EKOSISTEM RIDER
SPANA turut memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun.Ahli menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan kecemasan dan keistimewaan eksklusif.

Menurut pihak pengurusan, sasaran jangka panjang adalah membina rangkaian sokongan komuniti penunggang motosikal di seluruh Selangor dan Lembah Klang menjelang 2027.
STRATEGI DIGITAL & TARIKAN GRAND OPENING
Sempena pelancaran, SPANA menganjurkan Contest Video Terpaling Viral dengan peluang memiliki Yamaha Y16 pada harga RM88.88.Turut diperkenalkan Contest Pocket Bike RM8.88 melibatkan 10 unit untuk dimenangi.

Cabutan Bertuah Grand Opening disiarkan secara langsung menerusi TikTok rasmi SPANA bagi memperkukuh interaksi dua hala bersama komuniti.
ASPIRASI JADI PENERAJU MODEL SERVIS KOMUNITI
Pelancaran ini menandakan langkah awal SPANA untuk menjadi peneraju model servis motosikal berteraskan komuniti di Malaysia.

Pendekatan ini bukan sekadar strategi perniagaan, tetapi usaha membina solidariti dalam kalangan rider tempatan.Jika berjaya dikembangkan secara konsisten, model ini berpotensi mengubah landskap industri servis motosikal negara.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia