The Smurfs

Filem ‘The Smurfs’ merupakan filem yang diapditasikan dari komik ‘The Smurfs’  dan merupakan sebuah tv siri yg popular di sekitar tahun 1980-an. Filem ini digarap oleh pengarah iaitu Raja Gosnel dan dibintangi oleh Hank Azaria, Neil Patrick Harris, Jayma Mays dan Sofia Vergara. Filem ini juga merupakan filem pertama terbitan Sony Pictures Animation dalam format 3D.

Filem ini mengisahkan kehidupan masyarakat Smurf yang begitu harmoni dipenuhi dengan semangat bekerjasama antara mereka. Setiap smurf mempunyai  keunikan nama dan karakter yang tersendiri. Di sebalik keharmonian yang dikecapi, masyarakat Smurf sering diganggu oleh seorang ahli sihir jahat yang digelar Gargamel. Pada suatu hari, Gargamel bertindak untuk menyerang perkampungan Smurf demi memenuhi keperluan untuk melengkapkan ilmu magik dirinya. Demi menyelamatkan diri masing-masing, sekumpulan smurf yang diketuai oleh Papa Smurf telah terdampar ke dunia manusia di tengah-tengah Central Park of New York.

Keseluruhan plot filem ini mudah difahami kerana terlalu ringkas. Dialog-dialog yang dituturkan juga mudah difahami. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Teknologi 3D yang ditonjolkan melalui filem ini memuaskan namun masih banyak elemen yang perlu diperbaiki lagi.

Nak tahu kisah pengembaraan selanjutnya? Dapatkah Smurf kembali ke tempat asal mereka? Siapakah yang membantu Smurf ketika terdampar di dunia manusia? Nantikan di pawagam berhampiran anda.

 

Check Also

Samsung Galaxy A57 5G, Galaxy A37 5G, Samsung Malaysia, telefon pintar 2026, AI smartphone

SAMSUNG GALAXY A57 5G RASMI DI MALAYSIA

Aura pelancaran penuh hype akhirnya tiba. Samsung Electronics secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A57 …

Ahmad’s buka outlet ke-56 di Prima Gombak dan lancar Mad’s Sausage

AHMAD’S BUKA OUTLET KE-56 DI GOMBAK, LANCAR MAD’S SAUSAGE

Jenama lokal sekarang bukan sekadar survive — ada yang dah mula dominate, dan Ahmad’s buka …