Zahira Radzi – Bakat Baru Yang Semakin Menyerlah

[media-credit name=”Zahira Radzi” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Seorang lagi bakat baru yang bakal menyinari dunia hiburan tanah air ialah Zahira Radzi.  Zahira yang berbadan genit lahir pada 18 September di Kuala Lumpur dan mula menceburi bidang lakonan sejak berumur 10 tahun lagi.

Beliau yang kini menumpukan sepenuh masa untuk bidang lakonan mempunyai impian untuk menjadi seorang pelakon yang serba-boleh. Antara drama yang telah dibintanginya ialah Tegak Tak Bertiang, Sekelumit Rindu, Pucuk Muda Di Hujung Dahan, Alif Ba Ta, Opah Gaga, Yang Tulis, Ekspresi Remaja, Along, Oh Haramm dan yang terbaru Kelas Kau Maria.

Selain dari berlakon Zahira juga pernah muncul dalam beberapa rancangan sebagai pengacara. Antaranya Seekers Season 7, Anggun dan Sayang Mama.

Apabila ditanya tentang cinta, Zahira masih belum lagi memikirkannya. “Terlalu banyak lagi pengalaman yang perlu saya timba dan saya perlu fokus pada karier dan masa depan”.

Warisan Chanteq berharap Zahira akan lebih suksess lagi di dalam mengejar segala impian.

Sesi photo shot dibuat di Studio A, Shah Alam.

Check Also

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

SPANA REVOLUSI SERVIS MOTOSIKAL DENGAN KONSEP “RIDER JAGA RIDER”

SPANA revolusi servis motosikal apabila melancarkan pusat servis berteraskan komuniti yang tampil dengan pendekatan baharu …

Warna Warni Hari Raya Ushera tampil dengan visual raya warna-warni dan busana eksklusif.

WARNA WARNI HARI RAYA BAWA “MANIFESTO” AIDILFITRI USHERA

Warna Warni Hari Raya Ushera menjadi penampilan lagu raya ketiganya selepas Suka Ria Raya (2017) …