Biduanita Uji Rashid 2011

[media-credit name=”Uji Rashid” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Membelek-belek laman Fan Page Uji Rashid di Facebook memberikan saju kejutan bagi Mak Esah. Rupa-rupanya Uji Rashid merupakan wajah sabun LUX yang pertama dari Malaysia untuk iklan TV pada tahun 1978. Mak Esah mencari-cari juga kalau-kalau iklan tersebut ada kat You Tube tetapi hampa.

Uji Rashid atau nama sebenarnya Fauziah Hj Haroun Al Rashid merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon lagenda negara kita. Bakat nyanyiannya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab manakala bidang lakonannya bermula sebaik saja bertemu dengan Jamil Sulong.

Sama ada lakonan mau pun nyanyian, Uji Rashid sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Walaupun sudah hampir 36 tahun bergiat disalam bidang seni, Uji Rashid masih tetap meneruskannya. Terbaru ialah album kompilasi gandingan Uji Rashid & Hail Amir dan Azlina Aziz & Ahmad Fauzee yang baru saja beredar di pasaran. Album ini terbitan dan Edaran Warner Music. Selain dari itu Uji Rashid juga akan muncul di dalam program berjudul ” Inilah…” yang akan mula ditayangkan di TV1 pada 4 Oktober 2011 setiap hari Selasa, jam 9.00 malam.

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *