Rajak Lawak Musim Ke-6 dah kembali!!!

12 Finalis Raja Lawak musim ke-6 sudah pun bersedia menyahut cabaran untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak sekaligus menjadi pelapis bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak.Ia bakal bersiaran langsung pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam bermula 13 Januari 2012 di Astro Warna menerusi Saluran 132 dalam Pakej Mustika.

Sebagai pembuka tirai, para penonton akan disajikan dengan program Al Kisah Raja Lawak sebanyak dua episod pada 11 & 12 Januari jam 9.00 malam. Kapsul Raja Lawak pula akan disiarkan selama 5 minit pada setiap Isnin hingga Khamis jam 9.55 malam bermula 16 Januari 2012.Musim kali ini masih mengekalkan Johan serta Zizan sebagai pengacara.

Pada Raja lawak kali ini,terdapat 11  peserta berkumpulan iaitu ZERO,SKEMA,CUIT,2YOL,GMAN,ALBOB,SHIRO,RIKI,SELAK,KETUPAT,KING dan seorang peserta solo iaitu KODAN.Turut diperkenalkan adalah ‘Cif Besar’ iaitu Ahmad Idham serta ‘Cif Kecik’ iaitu Angah dan Kumpulan Jambu. Kehadiran ‘Cif Besar’ dan ‘Cif Kecik’ bukan sekadar utk berkongsi nasihat dan memberikan galakan serta motivasi malah tunjuk ajar kepada peserta di bawah jagaan masing-masing tetapi jua sebagai sumber inspirasi kepada mereka.

Raja Lawak kali ini masih lagi Sinar FM selaku radio rasmi dan disokong oleh THR Gegar serta Murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk musim ini.

[nggallery id=32]

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *