Misi 12 – Program Realiti Terbaru ASTRO bantu remaja ubah kehidupan

Pihak Astro Ria memperkenalkan sebuah lagi program realiti yang diterbitkan khusus untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih berjudul “Misi 12” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa,jam 9.00 malam bermula 7 Februari 2012 menerusi saluran 104.

Program tujuh episod ini akan dihoskan oleh Fahrin Ahmad ini bakal melihat penyertaan 12 orang remaja yang terdiri daripada tujuh orang peserta lelaki iaitu Mohd Shafwan Bin Abdul Saleem (19), Muhammad Subky Bin Halib (23), Nur Syukree Arrif Bin Sazali (19), Muhammad Indera Mulia Bin Muhammad (24), Mohammad Anaz Bin Mat Lasim (22), Mohd Hazmin Bin Zamri (19), Raja Mohd Azlan Bin Raja Jafar (23) serta lima orang peserta perempuan iaitu Nor Ain Binti Amin Nudin (19), Fatin Azira Binti Rohaizad (21), Nur Atiqah Binti Sarimbi (23), Syahirah Binti Saad (22) dan Nadia Binti Rahmat (23).

Dalam Misi 12 ini,para peserta akan berada dibawah pengawasan tiga orang ikon yang bertindak sebagai mentor iaitu Datuk Soke Clement Soo (Pengurus Besar Mercedes Benz Malaysia), Gayatri Su-Lin Pillai (Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd) dan Oii Kim Chong (Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd “Bangi Kopitiam”).Terdapat enam orang personaliti telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar iaitu Nazril Idrus (Kelas Ekonomi) , Dr. Deleila Hatun (Kelas Tatarias), Dr. haji Tengku Ismadi (Kelas Motivasi), Nur Syuhada’ Ridzuan (Kelas Inggeris) Muhammad Faisal Ahmad (Kelas Pengucapan Awam) dan Imam Muda Aran (Kelas Agama). 

Markah akan diberikan secara individu dan mengikut kumpulan berdasarkan kemampuan mereka menyelesaikan tugasan dan cabaran yang diberikan. Markah-markah ini akan dikumpulkan sehingga minggu ketujuh untuk menentukan peserta dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi.Tiada penyingkiran akan dibuat sepanjang program ini berlangsung.

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *