Ana Raffali Pilih Teman Karib Sebagai Bakal Suami, Nikah Pada 25 Februari ini

Akhirnya Ana Raffali memilih Ahmad Aznaim Abdullah (Naim, 30) iaitu teman karib yang dikenalinya selama enam tahun sebagai bakal suami. Bak kata bait-bait lirik lagu Najwa Latif  “Carta Hati” yang berbunyi ‘Dari mata turun ke jiwa..Dari teman menjadi cinta..Dan berjanji untuk setia’.

Penyanyi yg berusia 26 tahun ini akan bernikah pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati. Bermula dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Selain, Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Tambah Ana, dia tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, seramai 1,000 orang tetamu akan hadir.

 

 

 

 

 

 

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *