“ASTRO BELLA” ~ Saluran Telenovela 24 Jam Pertama Di Malaysia

Penggemar Telenovela di Malaysia bakal disajikan rancangan telenovela selama 24 jam sehari bermula 5 mac 2012 ini melalui pakej Mustika.Astro Bella (Saluran 133) merupakan saluran terbaru di dalam pakej Mustika akan menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac 2012.

Astro Bella bakal menumpukan drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin,Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia. Ia mensasarkan golongan wanita 18 tahun ke atas lebih-lebih lagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita Latin.Sempena pelancaran Astro Bella ini,pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog), Diabla Daniela (Latina), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlsfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Astro Bella akan mula bersiaran bermula 5 Mac 2012 melalui  pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan sila layari laman web www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777.

Check Also

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Wali Band bakal jayakan Konsert Wali Band Kembali di Kuala Lumpur 2026

KONSERT WALI BAND KEMBALI 1 MEI 2026 JADI MALAM PENEBUSAN DI BUKIT JALIL

Konsert Wali Band Kembali bakal menjadi malam penebusan paling dinanti peminat di Kuala Lumpur. Selepas …

Leave a Reply