Amanda Misbun & Hairulzain, Nikah 3 Mac 2012

Perkenalan yang terjalin selama empat tahun akhirnya membawa kepada ikatan tali pertunangan di antara pelakon Amanda Misbun, 23, bersama jejaka pilihan hati, Hairulzain Fauzi, 28, pada 26 Januari lalu.Memilih untuk tidak mahu lama-lama menjadi tunangan orang, dalam pada sibuk dengan penggambaran, adik kepada pelakon-penerbit terkenal, Haliza Misbun, ni juga sebenarnya sedang menanti detik hari bahagia bergelar isteri. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 3 Mac depan.

Majlis pernikahan akan diadakan di rumah ibu bapa pengantin perempuan yang terletak di Pantai HillPark, Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi akan diadakan pada bulan Mei nanti. “Alhamdulillah, setakat ni persiapan dah 90% dibuat. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar”, ujar Amanda kepada MD ketika ditemui di majlis sidang media drama bersiri Apa Celop, di One Utama, Bandar Utama, petang semalam. Kehadiran Amanda turut ditemani tunangnya.

“Sebenarnya saya yang mahukan tarikh 3 haribulan tu. Istimewa sebab ia juga merupakan tarikh hari lahir ayah saya. Kebetulan kesemua ahli keluarga saya suka nombor tiga”, ujar Hairulzain menjawab pertanyaan yang sekaligus memberitahu siknifikannya tarikh 3 Mac itu.Bertanyakan kepada Amanda, mengapa memutuskan untuk menamatkan zaman bujang di usia muda, apatahlagi di saat dia kini sedang rancak mencipta nama sebagai pelakon. Ini jawabnya,“Kahwin ni satu benda yang baik. Saya tak nampak sebab kenapa kami perlu lengah-lengahkan. Malah saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri” katanya lagi.

Bercerita mengenai bibit-bibit cinta mereka, menurut Amanda, segalanya bermula apabila mereka mempunyaI minat yang sama iaitu bermain skateboard. Dari hanya sekadar kawan dan sering melakukan aktiviti bermain skateboard bersama, lama kelamaan keserasian menjadikan mereka pasangan bercinta.

Ditanya apa istimewanya usahawan muda itu dimatanya. Kata Amanda, “Dia buat saya jadi seorang yang lebih baik”.Amanda juga memberitahu, biarpun statusnya sudah bergelar isteri nanti, dia tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Selagi dia pandai jaga diri, saya tak kisah kalau dia nak teruskan kerjayanya. Lagipun saya kenal dia setelah dia bergelar pelakon”, sahut pengasas HZ(H-Zee) Skateboards ni, tanda dia memberi sokongan penuh terhadap bakal isterinya itu.

Amanda dan bakal suaminya merancang untuk berbulan madu di New Zealand.

*sumber dari mD

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *