Selepas membatalkan persembahan mereka di Rockaway Festival pada Ogos tahun lalu, vokalis kumpulan Rock Indie, Christopher Ender Carrabba hadir mengubat kekecewaan peminatnya. Disaksikan kira-kira 2000 peminat, atas nama Konsert Solo Akustik Dashboard Confessional (DC), persembahan penyanyi-penulis lirik yang sedia feymes sebagai Chris Carrabba ni, malam kelmarin nyata punya penangan tersendiri!
Sebelum itu, konsert mini berdurasi 1 jam 30 minit, yang dibawakan khas oleh Livescape Asia ni serikan dengan persembahan opening act oleh penyanyi Awie Rafael, dengan mendendangkan lagu popularnya, Pulanglah, Aku Bukan Bintang, Bila Aku Jatuh Cinta serta lagu cover, Someone Like You (Adele) dan No Surprises (Radiohead).
Menyaksikan lelaki berusia 36 tahun ni beraksi, dia simple tapi berapi! Cukup sekadar tampil dengan dua biji gitar akustik dan mikrofon. Bergelar pemuzik sejak lebih 12 tahun lalu dengan Dashboard Confessional dan Further Seems Forever, membuktikan dia penghibur sebenar. Satu yang pasti dengan kunikan yang dimiliki ditambah vokal mantap, Chris mampu memukau para penonton,hanya dengan suara dan bait-bait lirik lagu-laguya.
Selain turut dipersembahkan rangkaian 16 lagi lagu hits kombinasi dari enam album studio DC seperti The Places You Have Come to Fear the Most, A Mark A Mission A Brand A Scar, Dusk and Summer, The Shade of Poison Trees, Alter the Ending dan The Swiss Army Romance.Suasana bertambah meriah bilamana fans galak menyanyi bersama tatkala Chris persembahkanScreaming Infidelities, Belle of The Boulevard, Get Me Right, Stolen serta killer song, Vindicated, yang mana runut bunyi filem Spiderman nilah yang telah melonjakkan lagi nama DC ke arena muzik mainstream.
Kemudian Chris tinggalkan peminatnya dengan Hands Down dan Best Deceptions. Secara keseluruhan, ianya sebuah persembahan cukup menghiburkan meskipun tanpa kehadiran Dashboard Confessional yang lain. Superb!