Menangi x5 Pas Berkembar & CD OST “Cinta Kura-Kura”

Pengarah : Nizam Zakaria

Pelakon : Tiz Zaqya,Ariel Zafrel,Bob AF,Zizan Razak (tortoise voice – Nico),Fiz Fairuz,Usop Wilcha (tortoise voice – Atok),Fara Fauzana (tortoise voice – Mira)

Dalam filem “Cinta Kura-Kura” Adam dilakonkan oleh Airel Zafrel, Nani oleh Tiq Zaqyah, Fazli oleh Fizz Fairuz dan Amin oleh Bob AF.Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini buat julung kalinya menampilkan teknologi CGI bagi animasi (character animation) bagi watak Nico, Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha) disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem melalui lagu dan yang terbaru menerusi lagu “Tiga Kata” ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian trio adik-beradik KRU. Disamping itu, sebuah lagu lagi akan ditampilkan didalam filem ini diberi judul “Pencinta Terbaik” oleh Sofazr.

Sinopsis

“Cinta Kura-Kura” mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Raja Lawak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara apabila Nico mula campur tangan dengan kehidupan manusia.

“Terima Kasih kepada KRU Studios”

Jawab soalan-soalan di bawah:

x5 Hadiah Utama : Pas Tayangan Berkembar + CD OST “Cinta Kura-Kura”

Soalan 1 :  Berikan 3 nama pelakon utama filem Cinta Kura-Kura?

Soalan 2 : Berikan nama lagu OST “Cinta Kura-Kura” yang dinyanyikan oleh Sofazr?

Soalan 3 : Nama Pengarah bagi filem ini?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

* Sila letak tajuk email Contest “Cinta Kura-Kura”.

Tarikh tutup penyertaan: 8 Mac 2012

 

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *