Setiap kali muncul menerusi lakonan baik di kaca televisyen mahupun dilayar perak, dia pasti akan membuat ramai gadis cair. Fahrin Ahmad, 33, aktor pujaan sekaligus menjadi antara jejaka yang menjadi idaman ramai, kan. Bahkan kalau boleh dikata dia sememangnya lengkap dengan ciri-ciri menantu pilihan para ibu-ibu se-Malaya. Pun begitu, buat masa ini pelakon-pengacara ini lebih senang meneruskan hidup sebagai solo. Namun baru-baru ini timbul dakwaan dia sekarang sedang hangat bercinta dengan seorang anak produser terkenal tempatan.
Lebih menguatkan spekulasi, Fahrin bersama gadis bernama Adila Ramly atau mesra dengan panggilan Zetty itu, pernah beberapa kali keluar berdua-duaan, siap berpengangan tangan. Betul ker?
Menafikan setegas-tegasnya mengenai dakwaan tersebut, Fahrin bagaimanapun mengakui hubungan dia dan anak gadis kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa itu tidak lebih dari sekadar berkawan.Jelas Fahrin, pengalaman lepas banyak mengajarnya untuk tidak terlalu mudah mendedahkan jauh sekali mahu bercerita tentang hal peribadi. Pendek kata, dia tidak mahu lagi melayan kerenah perhubungan.
“Saya dan Zetty memang berkawan. Yer betul kami pernah keluar bersama tapi kalau pasal pegang-pegang tangan tu, memang tak benar”, katanya ketika ditemui di pelancaran Wajah Baru Wanita Inspirasiku TV3 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, Khamis lalu.
“Berdasar pengalaman lepas, untuk saya sahkan satu-satu perhubungan saya perlu berhati-hati sebab ia adalah satu perkara yang rumit dan tricky. Fokus saya sekarang ada kerja dan diri sendiri. Hubungan kami memang dalam peringkat berkawan dan lebih manis untuk saya tidak berkata apa-apa”,
Fahrin dan Zetty yang juga merupakan seorang penerbit eksekutif ni mula berkenalan sejak setahun lalu, sewaktu duta fesyen Uniqlo itu membintangi drama yang diterbitkan oleh syarikat penerbit muda itu, iaitu Global Station Sdn Bhd.
Kebetulan di majlis anjuran TV3 itu, Zetty juga hadir dan dilihat duduk bersebelahan Fahrin.”Kami kawan. Saya selesa berkawan dengan dia. Dia lelaki yang baik. Kami selalu sembang dan berkongsi idea mengenai hal industri. Dia sangat bertanggungjawab dan jenis lelaki yang selalu mengutamakan keluarga. Saya tak mahu komen lebih. Jika ada jodoh, ada lah”, ujar anak saudara kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini sambil tersenyum manis.