Shiro Ditabal Raja Lawak 6

Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6), sebentar tadi dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung dari Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal Mejar David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya.

 

 

 

 

 

Check Also

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …