Nora Danish Tidak Dapat Hadir Ke Majlis Fasha Sandha Kerana Ke Umrah

“Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.”

Begitulah ucapan aktres Nora Danish buat bekas suaminya Jejai dan bakal isteri, pelakon Fasha Sandha.

Bagaimanapun memetik kenyataan di Gua.com Nora turut mengesahkan, dia tidak akan hadir ke majlis perkahwinan pasangan popular itu yang akan berlangsung pada Jumaat ini kerana tidak menerima kad jemputan. Lagipun ketika itu nanti heroin drama Tentang Dhia ni tidak akan berada di tanah air kerana berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.

“Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,”

“Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.”

Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan berada di majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha untuk menjadi ibu kepada Rayqal, Nora memberitahu, “Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

“Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.”

Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.

Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, “Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah.”

 

 

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *