BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabunggkan sinergi dua dunia iaitu dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan. Setiap paket BellaVita™ mengandungi 5000mg peptida kolagen marin premium dari Jepun yang berfungsi untuk menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Ia juga sangat bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku. BellaVita™ diformulasi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Perancis menerusi hasil penyelidikan yang bermutu tinggi.
Ianya adalah sumber utama anti-oksidan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penyakit degeneratif. Prebiotik yang berkualiti tinggi adalah salah satu ramuan aktif BellaVita™ yang membantu untuk mengimbangi mikro-flora di dalam usus dan membina semula sistem usus yang sihat. Secara langsung, badan akan menyerap kolagen dan nutrien yang lain dengan lebih efektif.
BellaVita™ juga mengandungi Acai Beri dari Brazil, Resveratrol, Glutathione, Asid Hyaluronik, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Akar Maca dari Peru, yang amat berkesan untuk menjadikan anda lebih muda dan cantik. Campuran premium ini menggabungkan ramuan berjenama dan bermutu tinggi untuk membantu mengekalkan kecantikan luar dan dalam supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.”Gaya hidup moden yang sibuk pada masa kini menyebabkan ramai di antara kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menitikberatkan pemakanan yang sesuai dengan garis panduan pemakanan yang sihat dan bernutrisi.” kata Noor Neelofa, Pelakon, Pengacara dan juga usahawan muda serta salah satu daripada tiga ahli yang menjadi tulang belakang yang bertanggungjawab dalam penubuhan BellaVita .
“Anda adalah apa yang anda makan” ia juga bermakna kecantikan bermula dari pengambilan makanan dan minuman. BellaVita™ diformulasi khas dengan 40 jenis ramuan aktif dan sebahagian besarnya terdiri daripada buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kesan anti- oksidan yang tinggi. Pengambilan produk ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah ia akan membantu melambatkan proses penuaan, meningkatkan kesihatan sendi dan mengelak penyakit degenaratif seperti sakit jantung, parkinson, diabetes, strok dan sebagainya”, kata Pengarah Urusan BellaVita , Noor Nabila, dan ibunya, Noor Kartini selaku Pengarah Eksekutif.
Pengambilan supplemen boleh bermula pada mana-mana peringkat umur. Ramai orang yang berminat untuk mengambil supplemen khuatir kerana mereka mungkin terlalu muda atau terlalu tua. Sama ada anda berada dalam lingkungan umur 20-an, 30-an, 40-an atau lebih tua, anda boleh mula mengambil langkah untuk melawan tanda-tanda penuaan dan penyakit degeneratif dengan menggabungkan BellaVita™ dalam diet harian.
BellaVita™ boleh didapati melalui stokis berdaftar dan kedai-kedai kesihatan berdekatan. Harga untuk Sekotak ialah RM179.00 sahaja namun sehingga pertengahan June 2012 jika anda membeli dua kotak maka harga satu kotak ialah RM135.00 sahaja.
Bole consume ketika period x
WOW just what I was searching for. Came here by searching
for obat herbal temulawak