Abby Abadi Sahkan Sudah Bernikah 12 hari Lalu

Penyanyi dan pelakon Abby Abadi hari ini kembali mengejutkan peminat hiburan tanah air apabila memuat naik sekeping foto menunjukkan dia sedang memeluk seorang lelaki yang nampak muda usianya – lingkungan 20-an.

Seperti mana kata Abby menerusi Instagramnya, dipendekkan cerita pemuda yang dikenali sebagai Farhan itu adalah suaminya. Abby mengesahkan dia telah bernikah dengan lelaki itu sejak 12 hari lalu. Wah!, senyap-senyap.
Difahamkan Farhan yang berasal dari Kelantan adalah pembantu di kedai tudung Abby. Selepas baru berkenalan selama dua minggu, terus mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Menurut Abby lagi, mereka akan mengadakan majlis resepsi dalam bulan raya Aidilfitri ini.

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *