Kabel TV Digital & Khidmat Internet ABNxcess Dilancarkan

Kabel TV digital dan khidmat internet berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia berjenama ABNxcess telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 9 June 2013.

Perkhidmatan TV berbayar dengan tagline “Akses Untuk Semua” dibawah naungan syarikat Asian Broadcasting Network (ABN) Sdn Bhd, dengan harga serendah RM158.99 sebulan, penguna dapat menikmati lebih 50 siaran TV seluruh dunia bersama 10 siaran definasi tinggi (HD) selain lapan siaran percuma TV tempatan bersama tujuh siaran radio tempatan dan capaian internet selaju 10mbps.

Datuk Seri Najib Razak yang ditemui ketika merasmikan majlis pelancaran ABNxcess bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil berkata “Saya yakin pelancaran ini akan menandakan satu era baru dalam penyebaran maklumat dan hiburan di seluruh negara, Ini ialah apa yang kerajaan mahu lihat”.

ABN berjanji kepada pelanggan mereka bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang cuaca buruk yang mengganggu TV seperti yang dialami mereka.”Pelanggan ABNxcess boleh menikmati TV definisi tinggi tanpa gangguan cuaca,” kata Pengerusi ABN Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Untuk perkhidmatan jalur lebar, ABN menawarkan kelajuan 10Mps, 30Mbps dan 50 Mbps pada pakej RM129, RM219 dan RM369 sebulan. Perkhidmatan TV berbayar ABNxcess akan mengenakan kos tambahan RM29.99 untuk 50 saluran dengan tambahan ‘free-to-air TV’, radio dan aplikasi permainan.

ABNxcess juga termasuk 10 saluran definisi tinggi (HD) tanpa sebarang caj tambahan. Perkhidmatan ini pada peringkat awal akan dilaksanakan di 24 kawasan di Lembah Klang dan Johor Baru, dengan perkembangan yang dijangka kawasan-kawasan lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Majlis pelancaran tersebut turut disertai dengan sebuah konsert khas percuma buat peminat & pengunjung yang dimeriahkan dengan persembahan daripada Dato M.Nasir, Soo Wincci, Najwa Latif, One Nation Emcee & Anuar Zain.

 

[nggallery id=170]

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *