Achey Dinobat Sebagai Juara ‘Bintang Mencari Bintang’ Musim Pertama

Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas program realiti pencarian bakat pelawak & penghibur Bintang Mencari Bintang akhirnya gelanggang konsert terakhir BMB musim pertama telah menyaksikan Bocik, Achey, Titan & Tapaw merebut gelaran juara BMB musim pertama yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Gelaran juara Bintang Mencari Bintang yang pertama itu disandang oleh peserta solo dibawah bimbingan sifu Harun Salim Bachik.

Mohd Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Achey yang membawa pulang trofi tahta Juara BMB musim pertama sekaligus membawa pulang hadiah wang tu sebanyak RM200,000.

Dengan membawakan pulang hadiah wang tunai RM100,00, gelaran naib juara pula jatuh kepada Fad & Abam atau Bocik iaitu peserta berkumpulan dibawah bimbingan Afdlin Shauki.

Manakala tempat ke-3 jatuh kepada kumpulan Titan dibawah bimbingan Sabri Yunus & tempat ke-4 oleh anak didik Faizal Ismail iaitu kumpulan Tapaw.
[nggallery id=173]

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *