‘After Class’ Drama Sitkom Bersiri Terbaru Dari NTV7

Bermula 8 November ini, sitkom ini akan bersiaran setiap hari Khamis, jam 11 malam dengan jalan cerita yang pastinya menarik dan lucu.

Siri sitkom 13 episod ini akan membariskan pelakon hebat yang juga mampu membuatkan para penontonnya tertawa seperti Leslie Chai yang baru sahaja memenangi Pelakon Lelaki Paling Popular di Golden Awards 2012, Thomas Kok, Jack Yap, Ernest Chong, Emily Chan, Sam Chin Neng dan Pauline Tan.

Sinopsis

After Class menceritakan tentang Qing Feng yang berusia 36 tahun yang terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran apabila anak lelakinya lahir 20 tahun yang lalu. Bagi meneruskan impiannya, Qing Feng menyertai program siswazah di universiti yang sama dengan anaknya, Zhi Xin (Thomas). Lebih menarik lagi apabila mereka berdua di tempatkan di sebuah bilik asrama yang sama. Seperti hubungan ayah dan anak yang lain, mereka pastinya berhadapan pelbagai cabaran yang bakal menguji sejauh mana kekuatan hubungan keluarga mereka berdua.

Leslie juga terpaksa menambahkan berat badan bagi membawa wataknya sebagai seorang ayah dengan lebih berkesan. Membawakan watak sebagai Qing Feng, Leslie membawakan watak ayah yang penyayang dan berfikiran terbuka. Walaupun di usia 36 tahun, Qi Feng tetap mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam pelajarannya.Seperti ayahnya, Zhi Xin meneruskan pelajarannya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan juga mempunyai semangat yang tinggi namun tetap nakal sebagai anak muda. Zhi Xin juga kadangkala suka memberontak dan cuba hidup bebas dan mengejar segala keinginannya namun tetap berkongsi perasaan suka dukanya bersama ayahnya.

Sementara itu, rakan serumah Zhi Xin, Alex suka bersifat menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan perhatian wanita. Namun dek kerana perangainya yang suka mencari masalah, dia juga dibenci orang sekelilingnya.Ernest Chong, pelakon berbakat ini buat pertama kalinya memainkan watak dalam drama sitkom pastinya menambahkan lagi kelucuan yang sedia ada. Ernest akan memainkan watak sebagai Yong Fu yang bersikap materialistik dan mementingkan diri.

Pelakon wanita baru, Emily Chan juga akan membawa watak sulung dalam drama bergenre sitkom sebagai wanita yang kasar dan perwatakan lelaki. Emily membawakan watak sebagai Mei Bao yang jujur dan suka menggembirakan teman sekelilingnya. Setelah berkawan dengan Qing Feng, anda pasti akan melihat perubahan dalam wataknya nanti.

Berbeza dengan Mei Bao, Hui Hui (lakonan Pauline Tan) gemar melawa dan sering mendapat layanan manja keluarganya. Dia juga tidak suka melakukan kerja rumah dan suka melarikan diri apabila berhadapan masalah. Lebih teruk ialah Hui Hui mudah tersinggung.

Apa yang bakal terjadi apabila kesemua watak yang berlainan perwatakan ini menuntut dan bertemu di universiti yang sama?

Check Also

Bekas Anggota Dolla, Syasya Selamat Bernikah

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *