Ahli Geofizik Menang BMW X1 Dalam Peraduan Tropicana Twister Live.Love.Life

Menghantar penyertaan peraduan Tropicana Live.Love.Life Twister secara “suka-suka” bukan sahaja menjadi satu pengalaman yang menggembirakan bagi Abd Hanan Ahmad Nadzeri, malah ia telah memberi beliau sebuah hadiah Hari Raya yang cukup bermakna, iaitu sebuah BMW X1!

Bapa yang mempunyai dua orang anak dari Setapak berkata tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran yang beliau akan memenangi sebarang hadiah dalam peraduan ini apabila mengirimkan penyertaan. Namun,  beberapa hari sebelum Hari Raya beliau terkejut menerima panggilan daripada pihak penganjur Tropicana Twister memberitahu akan kemenangannya! Kegembiraan beliau bukan kepalang!

“Saya mengambil bahagian secara  bersahaja, tidak pernah terfikir saya akan memenangi mana-mana hadiah, apatah lagi hadiah Utama,” kata ahli geofizik berusia 47 tahun di majlis penyampaian yang diadakan baru-baru ini. “Tetapi menyertai peraduan ini ternyata menjadi satu keputusan yang telah menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah.” En. Abd Hanan menambah bahawa walaupun ia merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Tropicana Twister, beliau dan keluarga adalah peminat setia jenama Tropicana Twister, terutamanya varian oren.

“Anda boleh katakan kemenangan ini adalah usaha kami sekeluarga kerana isteri dan dua anak remaja saya sentiasa membeli Tropicana Twister dan memastikan bahawa kami sentiasa mempunyai beberapa botol di rumah pada setiap masa.”

Dengan hadiah-hadiah bernilai RM900, 000 menanti para peserta, edisi keempat peraduan Tropicana Live.Love.Life Twister menawarkan peluang untuk memenangi BMW X1 serta 10 TV LED berjenama  dan sistem teater rumah, 20 komputer riba, 30 telefon bimbit, 40 kamera DSLR  dan 50 hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 untuk setiap seorang. Edisi tahun ini turut menawarkan tiga hadiah bulanan berupa jam tangan premium bernilai RM10, 000 dan 12 hadiah mingguan berupa syiling emas.

“Kami amat gembira dengan sambutan menggalakkan yang kami terima untuk pertandingan Live.Love.Life tahun ini, lebih-lebih lagi apabila sesetengah peserta menang dengan hanya menghantar beberapa penyertaan malah ada yang hanya menghantar satu penyertaan,” kata naib presiden Pemasaran, Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan. “Tetapi sudah tentu, lebih banyak penyertaan yang anda hantar, lebih tinggi peluang anda memenangi hadiah-hadiah utama.”

Beliau menambah bahawa Tropicana Twister berbesar hati dapat memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna mereka yang telah menjadikan jenama ini sebagai jenama jus No.1 di Malaysia melalui hadiah-hadiah hebat, bukan sahaja peraduan ini dan pelbagai pertandingan lain, tetapi juga dengan promosi dan tawaran istimewa.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta dikehendaki untuk membeli mana-mana produk Tropicana Twister, menjawab soalan yang mudah dalam borang peraduan dan melampirkan kuantiti label yang tepat sebagai bukti pembelian. Borang peraduan boleh didapati di semua kedai runcit utama di seluruh negara dan di laman www.tropicanatwister.com.my  sebelum tarikh tutup 1 Julai.

Tropicana, jenama jus No. 1 di dunia, dimiliki oleh PepsiCo, yang turut memiliki jenama-jenama lain seperti Pepsi, 7UP, Mirinda, Revive dan Mountain Dew. Permanis Sdn Bhd adalah pembotol rasmi, pengilang dan pengedar jenama-jenama PepsiCo di Malaysia.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *