Aiskrim Baskin-Robbins PERCUMA Sekiranya Malaysia Berjaya Gondol Emas Sukan Olimpik London

Ianya pasti menjadi satu lakaran bersejarah dan isu terpenting bagi negara Malaysia sekiranya kita berjaya menggondol pingat emas pertamanya. Justeru, Media Prima Berhad melalui inisiatif “Impian Emas Negara” mengumumkan tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia andai impian yang sudah lama dinantikan ini dapat direalisasikan. Jika Malaysia berjaya menggapai pingat emasnya yang pertama bagi negara, jenama aiskrim kesukaan ramai, Baskin-Robbins akan membantu inisiatif Impian Emas Negara dalam memberikan aiskrim itu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk dinikmati secara PERCUMA!

Aiskrim PERCUMA ini akan diberikan pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 di 61 cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam, di mana setiap rakyat Malaysia layak untuk menikmati secedok aiskrim.

Menurut Encik Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn. Bhd. – Baskin-Robbins Malaysia, “Kami ingin untuk meneruskan lagi keseronokan pada malam itu. Mereka yang datang awal pada hari tersebut, bukan sahaja bakal diberikan secedok aiskrim malah baucar eksklusif yang menawarkan tawaran hebat.”

“Ini bakal menjadi salah satu inisiatif TERBESAR kami sehingga kini kerana ia melibatkan seluruh restoran Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan juga boleh memilih mana-mana di antara 31 perisa aiskrim yang terdapat di Baskin Robbins. Bagi saya pilihan terbaik yang menjadi symbol kepada acara yang bakal diingati ini adalah perasa coklat Gold Medal Ribbon dan World Class kami,” kata Encik Cheah.

Sementara itu, pelbagai variasi rancangan TV, dokumentari dan laporan khas disiarkan di kesemua rangkaian TV Media Prima (ntv7, 8TV, TV3 dan TV9) sempena Olimpik sejak Julai lalu. laporan terkini serta jumlah kutipan pingat juga dibawakan oleh pelbagai edisi beritanya termasuklah 7 Edition, Edisi 7, Mandarin 7, 8TV Mandarin News, 8TV Midday Mandarin News, Buletin Utama (TV3) dan Berita TV9.

Antara rancangan-rancangan istimewa sepanjang Olimpik ini adalah:

  • Golden Dream (Isnin – Ahad, 9.25 malam – 9.30 malam, ntv7)  merupakan pakej berita padat dan komprehensif yang disiarkan selama 5 minit yang dibawakan oleh pasukan berita ntv7 mengenai laporan terkini temasya Olimpik.
  •  Gold Rush (Isnin – Ahad, 10 pagi & 7.30 malam, ntv7) – merupakan slot pengisi selama 1 minit bagi melaporkan ringkasan temasya itu.
  • Spirit of London (Ahad, 8.30 malam – 9.30 malam, ntv7) – merupakan dokumentari yang bakal mencakupi soal pembangunan dan persediaan acara sukan itu pada setiap minggu. Siri dokumentari 10 episod itu akan memaparkan kisah pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan di London termasuklah sejarah penganjuran, peraturan permainan dan maklumat mengenai atlet-atlet terbabit.
  • Host City London (Khamis, 7.30 malam – 8.00 malam, ntv7) – merupakan dokumentari mengenai kajian yang melibatkan tuan rumah temasya sukan itu di samping meraikan kehidupan kota di London dan memaparkan aktiviti kebudayaan mereka
  • Inazuma Eleven Season 2 (Sabtu, 10.30 pagi – 11.00 pagi, ntv7) – siri animasi kanak-kanak mengenai sukan bola sepak.
  • Let’s Go! Dream Team (Sabtu, 1.00 petang – 2.00 petang, 8TV) – rancangan hiburan yang unik melibatkan penyertaan selebriti yang pasti menceriakan lagi hari anda dengan cabaran sukan dan aktiviti menarik.
  • Kung Fu Dunk (Sabtu, 4 Ogos, 8.30 malam – 10.30 malam, 8TV) – Drama hit yang membariskan pelakon hebat Jay Chou, Eric Tsang, Charlene Choi, dan Bolin Chen.

Untuk maklumat lanjut berkaitan aiskrim percuma Baskin-Robbins oleh Impian Emas Negara, layari www.impianemasnegara.com.my atau www.baskinrobbins.com.my.

Check Also

Artis terkenal <NIGHT DANCER> imase akan datang ke Kuala Lumpur Untuk 1st Asia Tour “Shiki”

“𝘋𝘰𝘶 𝘥𝘦𝘮𝘰 𝘪𝘪 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘢 𝘺𝘰𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘬𝘦𝘥𝘰”, anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *