Aizat Bawakan Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Di Malam AJL27

Spekulasi siapakah pengganti Yuna untuk membawakan lagu ‘Terukir Di Bintang’ malam Ahad ini kini terjawab apabila Juara Anugerah Lagu ke 24, Aizat diumumkan sebagai penyanyi pilihan.

Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum). Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh 3 hari ini. Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27.

‘Terukir Di Bintang’ hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang nanti.

Check Also

SAKSIKAN INFINIX GT 20 PRO BERAKSI SEBAGAI TELEFON RASMI GAMING UNTUK MAL MY MUSIM 2

Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda, menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan Infinix …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *