‘AJO Tersingkir Dari Bintang Mencari Bintang’

Ajo (Faizal Ismail) tersingkir pada konsert separuh akhir pertama apabila mendapat markah terendah

Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas Bintang Mencari Bintang apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

Persembahan Achey (Harun Salim Bachik)

Untuk konsert mingguan, para anak didik BMB perlu mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit untuk meraih markah daripada juri profesional dan juri awam serta undian SMS daripada para penonton.Tirai pusingan separuh akhir pertama ini dimulakan dengan anak didik Afdlin Shauki, BOCIK dengan persembahan mereka menerusi rangkaian lagu Terima Kasih (Wings) dan Beribu Tahniah (Dheephan Chakkravarthy). Seterusnya, pentas BMB dihangatkan lagi dengan persembahan AJO, anak didik Faizal Ismail yang tampil dengan sketsa komedi dan lagu Sahabat (Najwa Latif), Give Me The Ugh (K Town Clan), dan Pilihlah Aku (Latif Ibrahim).

Selesai persembahan AJO, TITAN iaitu anak didik kepada Sifu Sabri Yunus menyusul dengan lagu Dia Datang (Fadzil Ahmad), Langgam Pak Dogo (M Nasir) dan Asmara (Gerhana Ska Cinta) sebagai konsep sketsa mereka, manakala BOWL (Afdlin Shauki) pula tampil dengan persembahan sketsa menerusi lagu Mentera Semerah Padi (M.Nasir) dan Si Manis 17 (Ahmad Daud).

Persembahan Bowl (Afdlin Shauki)

Bahang separuh akhir diteruskan lagi dengan giliran TAPAW (Faizal Ismail) yang memilih lagu Demi Waktu (Ungu), Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah) dan Maafkan Kami (P Ramlee) untuk persembahan mereka. Sebelum mengakhiri saingan minggu ini, anak didik Harun Salim Bachik, ACHEY menggamatkan lagi suasana gelangang BMB dengan aksi komedinya serta menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama (Wings) dalam versi dangdut, jazz, rock, dan rap.

Sebelum pengumuman keputusan konsert, suasana dalam studio bakal diredakan dengan persembahan istimewa daripada juri jemputan yang menilai aspek nyanyian minggu ini iaitu Aizat menerusi lagu Denganmu.

Check Also

SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *